BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selamat datang kepada Ramadhan

Ahad : 23 Ogos 2009, 7.04 malam

Lagi beberapa minit azan Maghrib akan berkumandang. Dah masuk puasa kedua. Di sini, aku setulus hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan pada semua rakan2 dan siapa2 yang singgah kat teratak blog aku ni. Semoga kita mendapat 1000 barakah daripada Ramadhan ini. Jangan lupa terawih. Aku pun tengah nak mendisiplinkan diri untuk memenuhkan malam2 aku dengan ibadah sunat ni. InsyaAllah.

Coretan dari Batu Layar

Sabtu : 22 Ogos 2009, 3.33 petang

Aku gerak ke UTM 10 Ogos lepas pada pukul 4.30 petang dengan menaiki bas Transnasional. Nak melepas rindu dengan rakan2 semua. Dan aku punya urusan penting pada minggu hadapannya di menara gadingku tersayang. Pergi menuntut jubah, menyelesaikan segala urusan konvokesyen dan berjumpa rakan2 sefakulti. Macam2 cerita keluar tatkala kami berkumpul di luar makmal penyelidikanku. Masing2 majoriti menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Tak kurang juga yang menjadi pembantu penyelidik sebelum layak menyambung secara rasmi. Rata2 merungut kerja menimbun dan menekan. Aku rasa aku telah ambil keputusan yang betul untuk tidak menghuni UTM buat 2 tahun yang akan datang. Tiada keceriaan terpancar di muka mereka. Semua negatif dan pesimis.

Aku menginap di bilik rakanku (bilik singgah bagi dia) di kolej yang paling hujung di sana. Mujurlah rakan2 lama masih searas. Aku dihempuk, digomol semahunya bila mereka ternampak kelibat aku. Sampai bila ingin dirahsiakan, bukan? Sampailah pada hari Jumaat, 14 Ogos, aku disogok ke tahap cipan oleh rakan2 SKK ku untuk menyertai camping mereka buat kali terakhir. Semua menggasak aku pergi. Tak kurang juga memujuk. Aku bukan apa. Segan semua ada. Macam tiada kaitan. Tapi akhirnya aku kalah setelah beribu2 alasanku ditolak mentah2. Pada pagi Sabtu, 15 Ogos 2009, aku pun menyertai mereka ke pantai Batu Layar, Desaru. Konvoi 10 kereta rasanya. Lima lelaki, lima perempuan. Aku sekadar penumpang sahaja. Pagi2 lagi sudah berkumpul di K9 untuk bersarapan. Semua memakai serba putih termasuk aku. Sebenarnya aku curi baju rakan aku yang baru dibelinya di pesta konvo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Cukuplah untuk aku sembahyang jamak sahaja sepanjang berada di sana. Aktiviti telah disusunatur. Tinggal untuk mengimarahkannya sahaja.

Sampai2 semua nak jadi artis. Duduk2 semua atas jalan tar yang membahang tu. Sepanjang perjalanan asyik hujan je. Agak kerisauan AJK2 Aktiviti semua. Tapi Alhamdulillah. Berbekalkan niat baik untuk merapatkan ukhwah antara kami, Dia terangilah tepi pantai tu dengan sinar matahariNya. Tempat kami berteduh namanya Chalet Samudra. Empat untuk perempuan, dua untuk lelaki. Siap bawa 2 khemah lagi. Masa ni tak tahu lagi apa yang bakal dialami balik nanti. Semua terpukau dengan pantai terbentang indah. Kemudian, kami meletakkan barang2 di bilik dan sembahyang jamak. Aku jua tak ketinggalan. Seronok gila nak mandi pantai sebenarnya!

Aktiviti pertama ialah treasure hunt. Aku agak lewat hadir ke pantai sebab last minute aku dilantik menjadi AJK Kunci bilik lelaki. Dan2 bilik tak boleh kunci dan tak boleh buka balik. Dahlah ada seorang kakak Celcom ni minta tolong charge telefon bimbit dia. Dek kerana tanggungjawab, aku dan rakan aku kumpul kudrat nak buka pintu bilik semula. Sempatlah minta maaf sebab lambat. Kakak tu biasa saja. Sampai2 pantai, permainan dah mula. Aku dapatkan ahli2 kumpulan aku. Semua sibuk jaga belon air. Aku layan sajalah. Tanpa tahu bagaimana permainan tu dimainkan. Sampai ke sudah aku tak tahu apa corak permainan tu sebenarnya. Masing2 sibuk nak pecahkan belon air kumpulan lain. Sampai ke tahap AJK aktiviti semua naik angin suruh berhenti. Acara kemudian bersambung dengan baling2 belon air dalam satu kumpulan tanpa toleh belakang. Teknik? Tangkap pakai baju. Tapi kami terpaksa menggunakan belon2 air yang tinggal. Disebabkan hanya ada 2 belon air yang terselamat dalam kumpulan aku, jadi kami satu kumpulan habis awal. Masih lagi aku tak tahu apa motif permainan tersebut. Seterusnya, teka peribahasa tanpa menggunakan tutur bicara. Aku wakil kumpulan aku. Dapat peribahasa "bagai ombak dan pantai". Peh. Tu macam kata2 pujangga je. Penat lelah aku tunjuk 4 perkataan dengan jari2 aku dan tunjuk2 pantai di belakang. Pun salah. Kumpulan lain menang. Acara terakhir, bina satu garisan panjang dengan menggunakan apa sahaja di pantai tersebut. Memang sesuai. Pasal apa? Pantai tu kotor gila! Sampah sarap berlambak2! Kalau kaki ayam tak pasal2 pijak botol kaca. Dan2 juga ahli kumpulan aku nak gunakan tali rafia yang dia jumpa tapi tak dibenarkan oleh AJK aktiviti. Pasrah. Akhirnya kumpulan aku antara top 3 yang corot. Denda? Persembahan 5 minit sekurang2nya malam makan2 nanti. Fuh.
















Setelah habis segala permainan, kami menuju ke pantai! Mandi laut! Agak awal kami bermandi-manda kerana sesi permainan berlangsung dalam tempoh yang singkat. Aku mandi semahunya. Siap main polo air lagi. Ombak pantai di situ agak ngeri sedikit. Gulungan agak tinggi dan berkuasa. Agak cuak tapi aku redah saja. Bukan selalu dapat mandi laut. Aku sampai tak larat untuk meneruskan aktiviti mandi aku. Kemudian aku sertai rakan2 yang lain menanam rakan aku dalam pasir pantai.

Macam2 pattern dan bentuk direka atas badan rakanku ini. Tak kurang juga bentuk2 erotik dan seni. Di samping itu juga, sempat lagi rakan aku yang lain membentuk replika penyu di sebelah. Setelah tak tahu apa lagi hendak direka, kami semua bermain futsal pantai. Seronok jugalah. Kejap2 garisan luar kecil lah, besarlah. Tak kurang juga apabila ombak laut mengakis garisan2 tersebut. Penat jugalah AJK Garisan membuat semula garisan2 tadi supaya rakan2 lain dapat mempamerkan aksi lincah bermain bola di tepi pantai.

Pelbagai aksi girang dapat dilihat masa kami semua bermain futsal. Aku sempat main sekejap sebagai pemain import dalam kumpulan aku. Agak lama jugalah sesi futsal ni berlangsung. Aku sempat berlari semula mendampingi pantai untuk membasahkan diri yang dah sedia basah. Rakan2 yang lain kemudian sambung mandi laut setelah kumpulan masing2 gagal meneruskan perjuangan di gelanggang futsal tersebut. Aku yang kepenatan merehatkan diri di bawah pohon rendang di tepi jalan bersama yang lain selepas penat menjamu air masin itu. Balik2 bilik mandi normal semula dan bersiap untuk BBQ malamnya pula bersama AJK BBQ. Senang berpelikat sebelum azan Maghrib berkumandang.

Malam tu kami dijamu dengan BBQ ayam perap, hotdog dan otak2. Aku sempat menjadi tukang bakar ayam untuk sementara waktu sebelum diganti yang lebih berhak. Setelah penat melihat laut, rakan2 membakar, membuat unggun api di tengah pantai, aku kembali ke bilik untuk tidur sebentar. Agak kepenatan sebenarnya kerana malam sebelumnya aku tidur lewat dan bangun pagi untuk berkumpul. Tidak lena jua sebenarnya tapi aku alaskan juga kepala aku dengan tangan aku untuk melelapkan mata. Seorang2 singgah ke tandas bilik dan ingat aku tak sihat. Sampailah saat permainan kotak beracun. Aku tak sertai kerana terlelap sehingga permainan tamat. Cuak perut sebenarnya nak main permainan tu. Dapat soalan2/aksi2 pelik mahu tak segan aku. Aku sempat sertai permainan spontan bersama rakan2 yang lain selepas aku bangun. Dan akhirnya kami kehabisan idea untuk bermain pada malam itu. Setelah digasak dengan aksi2 willy mat2 rempit di pantai itu, kami semua berkemas2 untuk pulang ke sangkar untuk tidur. Sempat juga aku mandi dan bermain kad di depan chalet perempuan. Dengan niat untuk menjadi jaga. Kemudian berborak2 dengan rakan Palapes ku bercerita tentang sesi pentauliahannya pada cuti sem lepas. Seronok juga mendengar pengalamannya. Akhirnya aku naik ke atas untuk tidur setelah tak mampu lagi untuk bertahan bersama rakan2 yang lain di bawah.

Aku tersedar dalam pukul 7.00 pagi. Subuh terlajak! Bangun2 menggigil dek angin pantai. Aku capai sweater aku dan membuntuti rakan2 aku yang sudah bangun awal untuk mandi lagi di pantai. Aku tak sertai. Tak tahan sejuk. Kemudian baru teringat nak qadha Subuh. Aku mandi2 dan bersiap untuk sesi pagi semula. Yang lain sempat membakar lebihan2 ayam dan otak2 semalam untuk dijadikan sarapan. Perempuan yang lain membuat sandwich sardin. Seorang2 bangun kemudiannya. Masa sesi pembayaran kepada tuan punya chalet itu, aku di atas berkemas2 untuk pulang. Hadiah juga dah disediakan untuk sesi seterusnya. Terkejut juga aku apabila bayaran yang dikenakan tidak seperti yang dijanjikan sebelum datang ke sini. Tapak khemah, elektrik untuk BBQ juga perlu dibayar! Come on lah pakcik. Kami semua bukan sewa tapak pun. Ada ke dorang kenakan bayaran RM 30 untuk elektrik malam tadi? Sungguh tak masuk akal. Kami bermula pukul 7.10 malam sehingga pukul 1.30 pagi macam tu. Dia ingat kami semua tak belajar kira bil elektrik agaknya. Habis semua mencarut, menyumpah seranah tuan punya chalet itu. Dengan bilik air yang serba daif, tandas tak boleh flush. "Pakcik meniaga bukan untuk sehari je", kata pakcik tu. Tahu pun! Dah tu tak payahlah perah duit kami sampai masukkan bil2 pelik. Akhirnya dengan sedikit rundingan, RM 30 dipotong. Aduh. Memang kena senaraihitam chalet ni. Tapi karaoke dia bagi percuma. Sempatlah aku test suara.

Kemudian berlangsungnya aktiviti tukar2 hadiah. Kali ini acara agak pelik. Yang menerima perlu membuka hadiah itu depan semua. Aduh! Moral down. Hadiah aku agak serabut sket. Tapi nasib baik. Penerimanya agak pemalu dan cuma buka hadiah aku di belakang. Dan aku juga dapat hadiahnya semula. Sungguh kelakar.
















Setelah semua selesai, kami pun pulang ke UTM. Di pertengahan perjalanan sempatlah ke kedai coklat bumiputera membeli sedikit buah tangan dan menjamu selera. Nasi goreng kampung macam nasi goreng minyak. Aduh. Macam2 dugaan. Tapi Alhamdulillah. Semua selamat sampai ke bumi UTM tanpa apa2 kejadian yang tidak diingini. Sebab sebelum ni rekod asyik ada je kemalangan kalau kami semua konvoi beramai2. Sampai bilik aku menghadap laptop aku dan bersiap2 untuk majlis besar esoknya. Pertama kali menggosok baju sekemas mungkin. Sempatlah berjumpa ibubapaku selepas sampai daripada camping di UTM. Esok hari besar buatku. Aku masih tak punya apa2 rasa untuk menyambutnya.

p/s : Antara Mali, Spoy dan Mat, siapa lagi PJK - soalan kotak beracun aku yang sangkut. Maaf!

Meniti hari di IPB

Ahad : 9 Ogos 2009, 9.36 pagi

Huaaaargh! Teriakan aku menggeliat dalam hati. Regang2 pinggang sikit. Aku pun bangkit menyelami hati pagi. Tangan terus ke punat power komputer riba kesayangan. Hilang jugalah penat semalam. Lapan jam aku habiskan hari aku di IPB, menduduki peperiksaan khas PTD. Gua cakap lu beb. Kalau sejarah lu time SPM cukup2 makan je, jangan mimpi nak jawab exam semalam. Aku memang fail lah bab2 menghafal ni, apatah lagi membabitkan struktur pemerintahan negara tercinta ini. Umpama menghantar anak ke medan perang, mak ayah aku pun berlalu mengucapkan semoga berjaya kepada anak mereka yang gila ni. Mereka hantar.

Adalah 2,3 yang aku nampak fresh. Yang lain semua veteran. Maksud aku yang dah bekerja dan tak kurang juga hendak naik pangkat. Hot stuff siot PTD ni. Bila tanya mak aku, PTD ni kerja apa sebenarnya? "Alah, kerja2 admin, pejabat. Handle mesyuarat". Aduh. Luluh hati sayu jiwa dengar. Mana aku nak campak ilmu kimia kesayangan aku? Tak boleh, tak boleh. Aku mesti fail kan exam ni. Buat je lah.

Sekyen pertama berkisar mengenai pengetahuan am. Segala-galanya. Daripada struktur pentadbiran negara, sampailah ke susunan huruf atas papan kekunci. Tak lupa juga filem mana yang menang di FFM21 lepas. Bab2 longgar memang skor lah. Ekonomi hancur. Seksyen kedua pula berputar dengan soalan2 matematik. Bayangkan. Aku nak kira peratus, janjang, nisbah, kebarangkalian, IQ, congak nombor besar2 tanpa menggunakan kalkulator! Tergagah2 aku mengira. Memang lepas tu bagai di medan peranglah. Tembak!!! Seksyen ketiga pula pasal pemahaman. Macam SPM sajalah. Untuk pengetahuan anda, seksyen 1 sampai 3 adalah seksyen tembak-menembak. Seksyen 4 dengan 5 azab sikit. Tulis esei dalam 300 patah perkataan secara purata dalam masa sejam. Ya sejam. Memang dikerah ke tahap cipan lah otak aku. Balik2 pening. Esei BM aku buat pasal wabak berjangkit, BI pula pasal kitar semula. Memang bosan. Harap2 fail.

Habis exam aku menapak di tengah2 jalan menghala ke kawasan rumah lama aku. Rindu gila! Lepak masjid tempat aku sembahyang Jumaat daripada kecil sampai tingkatan 5. Memang menggamitlah segala-gala nostalgia. Banyak berubah dah kawasan situ. Dulu ada simpang, sekarang dah hilang. Naik bas pergilah CM. Nak cari hadiah. Tak jumpa. Lepas itu pergi Jalan TAR. Pasar malam! Beli kek je. Takut nak singgah lama2 pasal sapu tangan terlupa nak bawa. Virus2 benci menular nanti.

Naik komuter tersayang menuju ke syurga duniaku. Siap masa aku dok berdiri dalam perut gerabak tu, ada sepasang ni kena sound. Seorang perempuan, seorang lagi berlagak berpakaian macam aku. Faham kan? "Adik, kalau nak batuk tutup mulut ya", rungut ada seorang lagi watak dalam gerabak tu dengan lembut. Seorang kakak. Penelitian kasar aku, kakak ni mesti budak sains sukan. Lek je sound! Sengih saja bibir hatiku. Terus terpacak macam tugu negara. Mana taknya. Melahu, memekak, tergelak2 semahunya dalam tren macam dunia komuter ni dorang 2 je yang boleh memadu kasih. Sampai rumah terus aku disoal siasat semahunya oleh mak aku. Banyaklah kena sebelum menghadap bilikku yang permai. Tak juga rehat lepas tu. Tengok FFM22 dulu. Sedih arwah Yasmin Ahmad dah tiada. Tiba2 rindu karya2 arwah. Serius.


Belasungkawa : Allahyarhamah Yasmin Ahmad (1 Julai 1958 - 25 Julai 2009)
Pengarah Terbaik FFM22 - Talentime

p/s : Sambil jenguk sini, bagilah makan ikan2 aku ya. Mati pula nanti. Jangan lupa bersembang sekali kat sebelah ni.

Bila kaki aku meraung minta dinyahsengalkan

Jumaat : 7 Ogos 2009, 11.43 pagi

Entri pertama untuk bulan kemerdekaan ni. Minta maaf sebab dah lama tak menyibukkan diri menulis. Bukan apa. Tatkala negara hatta satu dunia sedang dilanda wabak pandemik H1N1 atau selesema khinzir, aku pula dilanda wabak memuat turun variety show (atau lebih senang dipahami, rancangan realiti) yang ditayangkan setiap Ahad di Korea. Nampaknya, ketaksuban dan ketagihan terhadap rancangan ini telah naik ke tahap pandemik bagi aku. Mungkin jua tiada vaksin yang mampu menjadi penawar melainkan laman web tempat aku memuat turun semahunya ditutup atau diberhentikan perkhidmatannya. Jangan weh. Tak mampu nak bayang.

Dengar cerita pagi semalam (Khamis, 6 Ogos 2009), berlaku semula kegiatan penggodam internet, yakni hackers, merosakkan institusi2 rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook. Tambahan pula semalam aku sepanjang hari tiada di rumah. Pergi melakukan macam2 kerja seperti seorang yang dah mempunyai status pekerjaan. Bayar bil lah, PTPTN la (sampai surat amaran tak senang duduk aku dibuatnya) dan membeli tiket bas. Meraung kaki aku minta direhatkan. Maaflah kakiku sayang. Aku menyeksamu semalam.

Semalam jua aku melayan cerita yang agak baru di GSC. The Proposal. Sebuah filem romantik komedi sebenarnya. Aku takut diherdik tidak patriotik lah, tak sayang industri sendiri lah, bila aku ditelah dengan sogokan supaya tidak menonton filem2 aku. Cerminan aku. Aku pun tak dapat nak jelaskan. Mungkin nak memperbaiki BI aku dengan menonton filem Hollywood? Hahaha. Berbaur malas. Filem itu agak menarik di permulaan tapi mula menampakkan cebikan bibir aku apabila hendak sampai ke penghujung. Biasa je kot. Cuba Rozita Che Wan dan Ashraf Muslim yang berlakon, dengan jalan cerita yang sama (dengan sedikit story editing lah, PG-13 kot), aku berani cakap tak ramai akan menonton.

Margaret : Why are you naked???
Andrew : Why are you wet???

Balik rumah, Facebook buat hal. Lembab nak meninggal aku buka. SMS kawan2 semua kata mereka mampu melayari home dan Mafia Wars masing2. Adakah aku terpilih? Digodek2 berita baru di Google, barulah dapat penjelasan. Takpe lah. Ada sekelumit sabar lagi mungkin dalam hati aku. Kalau ikutkan nak hempuk saja komputer riba tersayang ni. Peace!

p/s : Esok aku ada peperiksaan PTD. Doa2kan ya!

BI yang di BM kan

Sabtu : 11 Julai 2009, 3.52 petang

Hari ni aku mop lagi. Kali ni bilik aku. Peh. Sampai terkakis parket lantai ni. Mengelupas kulit aku. Adakah kulit aku terlampau sensitif? Yakni peka dengan perubahan? Nah. Alasan bagi orang yang malas.

Entri kali ni berkisar tentang perkataan Inggeris yang selalu digunakan dalam bahasa ibunda kita ni. Maknanya agak jauh menyimpang daripada yang asal tapi kita boleh katakan tu cara kita berbahasa Inggeris. Setuju? Entah. Tapi jangan korang jumpa mat saleh korang cakap, "Wow! The movie was best!" atau "This is my best member. We've known for about 10 years". Tak pasal2 korang kena jadi badut sarkas pada dorang.

Member
BM : Kawan, saing, sahabat.
BI : Ahli, an individual who joins a body or society.

Best
BM : Terbaiklah! Superb! Marvellous! (tiba2 kena sampuk hantu BI).
BI : Superlative for good; good, better, best? Ring a bell?

Declare
BM : Orang dah kapel tahu lah benda ni. Kita declare eh? Eh?
BI : Some statements you make official and open. Very formal.

You all
BM : Merujuk pada korang semua.
BI : I've never heard of that. "You guys" yes.

Serious?
BM : Betul lah. Sama je kan dengan BI?
BI : When it comes to describing something, yes. "It's something serious!". But to debate whether it is or not, we shall say, "Seriously?"

Bukan aku nak tunjuk aku pandai BI atau apa. Sekadar berkongsi maklumat yang aku dapat. Apa salahnya kan? Kita semua belajar lagi. Sama je level kita.

Aku pekak ke abang tu cakap perlahan?

Khamis : 9 Julai 2009, 1.57 tengahari

Aduyai. Penat bersisa lagi. Malam tadi borak dengan mak aku sampai pagi (maksud aku pagi tu sampai pukul 3.00 pagi) berkenaan dengan susur galur, salasilah, carta alir keluarga aku. Aku suka ambil tahu pasal benda2 ni, tatkala orang lain tak minat, memekakkan telinga bila diceritakan. Buat pening je. "Arwah moyang Kinah kau tu anak nombor dua, bini nombor dua atuk ma dulu. Anak dengan bini sulung pula opah mama. Opah mama anak tunggal. Atuk mama kahwin lain sebab nenek mama meninggal. Tu yang kahwin dengan mak moyang Kinah", belit mak aku. Aduh. Sepuluh kali kot tanya balik. Arwah moyang aku ni dulu jadi babysitter aku time kecil2. Hehe. Pagi2 dah pergi check-up! Tidur dah terbalik! Aku dah jadi burung hantu! Aku benci bangun pagi! Aduh. Kena pergi juga. Nak buat macam mana. Date kena tepati. Aku dituam semahunya. Best jugalah.

Habis dalam pukul 9.35 pagi macam tu, pergilah tunggu bas kat depan. Aku didatangi seorang pemuda (dalam 5, 6 tahun tua daripada aku kot). Beliau bercakap sesuatu dengan aku sewaktu aku sibuk dengan playlist lagu dalam handphone aku. Aku perasankan dia lintas jalan besar sebelum dia menghampiri aku di stesen bas.

Pemuda : Ada 70 sen tak dik? Abang nak pergi Wangsa Maju takde duit.
Aku : Saya bukan orang sini bang.
Pemuda : Bukan. Abang nak minta 70 sen tambang bas nak pergi Wangsa Maju. Abang takde duit ni.
Aku : Oh. (Tersedar earphone masih melekat dalam telinga). Saya pun tunggu orang bang. Saya takde duit kecil. (Sambil aku angkat tangan goyang2 kiri kanan)

Beliau berlalu dengan muka sebek. Aku cuak bengong! Sekarang ni macam2 cara orang nak aniaya kita. Pukau ke, jampi ke. Mintak jauh. Tahu siapa yang tunggu aku sebenarnya? Bas Metro nombor 91! Nak pergi Sogo! Karok kat RedBox! Hahahahha. Aku ada je RM 1 boleh kasi dia tapi tak beranilah. Dia nampak tak meyakinkan. Ampun bang! Kalau abang baca coretan saya ni. Semoga abang jumpa orang yang lebih mulia daripada saya!

Peh. Memang semua arked muzik buat tribute kat Michael Jackson banyak2. Bukan nak buat doa selamat ke, tahlil ke (Islam kan dia? Terbukti kan?). Segala2 konsert aku dijamu yang sebelum ini aku tak pernah ketemu atau ketengok. Minat ke aku kat dia? Nah. Biasa2 je. Sekarang ni tiba2 pula member2 buat kuiz kat Facebook "What Michael Jackson's song are you?" dan bermacam2 kuiz Jacko lagi. Entah bila2 diorang pernah pasang lagu arwah kat laptop dorang. Keparat! Palat gila perangai.

Hah! Ni lagu2 aku dendangkan di bilik karok sehingga peti suara aku terhakis.
  • Memori Luka - Headwind
  • Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir
  • Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza
  • Permaidani - Aris Ariwatan
  • Mengenangmu - Kerispatih
  • Tapi Bukan Aku - Kerispatih
  • Mimpi Yang Sempurna - Peterpan
  • Seribu Tahun - Imran Ajmain
  • I Believe I Can Fly - R. Kelly
  • Ayat2 Cinta - Rossa
  • Sway - Michael Buble
  • Camelia - Irwansyah (Sedih takde karaoke)
  • When You Say Nothing At All - Ronan Keating
  • Kenanganku - Jefrydin
  • Mas Mona - Jefrydin
  • Harapan - Fazli Zainal
  • Isabella '98 - Amy, Jamal, Saleem, Zamani
  • Bertakhta Di Hati - Farahdhiya
  • Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan
  • Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan
  • Janji Kasih - Siti Nurhaliza
  • Andai Kau Pergi - Indigo
  • Istimewa - Indigo
  • Tak Mengapa - V.E. feat. Datuk A. Rahman Hasan
  • True - Ryan Cabrera
  • Untukmu Selamanya - Siti Nurhaliza
Peh. Confirm korang nak cakap aku riak kan? Bajet stamina tinggi? Hahahhahaha. Sekali lagi aku cakap, aku happy2 sudeh. Takde la aku taruk lagu2 tu semua dengan penuh jiwa dan penghayatan. Loncat2 juga. Lagu2 perempuan selingan sahaja. Selingan untuk rehatkan kotak suara dan dendangan untuk aku ketika makan. Ada makan gak beb! Korang nak tahu fakta? Tiba2 lepas habis lagu nombor 18, terdengar sayup2 orang nyanyi lagu "Bunga rampai dikacik kacik.. makin longlai bertambah cantik...". Adeh. Senak perut aku, terbelit urat usus. Laki pula tu! Ada orang kahwin ke bang? Hahahahaha.

Balik macam biasa. Tunggu komuter yang senantiasa lewat mengambil penumpang. Peace!

Minyak E tapi kereta bergerak

Sabtu : 4 Julai 2009, 12.40 tengahari

Fuh. Penat beb mop satu rumah. Angkara kerja2 penyelenggaraan di atas, di sebelah, di bawah, di tepi rumah aku. Adat duduk flat. Terima je lah. Semalam pergi hospital. Tertarik pula aku tengok keadaan kat situ. Dalam hati cakap, "Apsal la xamek medic dulu". Aku dibawa melayang2 satu hospital. Dari satu department, ke department yang lain. Macam jadi bola dalam game pinball. Adeh. So, sekarang aku kena jadi pelanggan department of physiotherapy. Khamis depan date.

Gerak sana pukul 7.30 pagi naik komuter yang setia. Bilalah kerajaan nak upgrade benda alah ni. Tunggu next train macam tunggu bulan jatuh ke riba di siang hari. Nasib baik orang tak ramai. Tak ramai pun. Aku boleh gerak 5, 6 cm je dalam gerabak tu. Sampai Putra, naik teksi. Bukan berlagak nak mampus macam anak tokey gula. Tapi mak support. Layan lah. Serius doh. Pemandu paling bahaya kat bumi Malaysia nan permai ni ialah pemandu2 teksi. Maksud aku bukan semua tapi majoriti. Aku ingat lagi masa ambil lesen dulu. Memang training bawa teksi kencang gila. Test belok2 macam kereta nak terbalik. Pakcik hamba Allah ni aku jadikan driver aku pergi hospital. Peh. Cuak kot naik teksi dia. Bawa sikit punya kilat. Time brek je screeching. Aduh. Pastu jumpalah member seangkatan pakcik ni tengah jalan. Aku suspect uncle tu bawa ke hulu hilir macam ular kena palu pasal nak cari customer. "Bangang nak mampus! Dasar p****! K*****!" Kepala ada kopiah. Bukan kopiah lah. Kureng sikit daripada snow cap. Mulut boleh tahan. Lek2 sudah. Bawa nak tekanan. Kena stroke baru tahu. Sampai2 caj aku lebih 60 sen. Aku cakap dalam hati, "Tu hal ko dengan Allah". Buat muka tak bersalah. Aku pula menyumpah, "Dasar orang tua ganyut tak sedar diri nak mampus".

Balik riang ria naik komuter. Nak jalan2 kedai semua tak buka lagi. 9 pagi pula tu. Pastu tekanan lagi tunggu komuter. Lambat 15 minit daripada jangkaan. Siot! Layan Nobody sampai menari-nari kat stesen.

p/s : Memang la meter minyak teksi tunjuk E. Dorang NGV doh.

Apa mual dengan terima kasih?

Khamis : 2 Julai 2009, 12.08 tengah malam

Hmm. Mesti korang pelik apahal lah aku letak semua mesej2 hari tua yang member2 aku semua bagi kat aku dekat sini. Poyo gila eh? Bajet famous semua orang nak wish. Nah. Orang boleh cakap, kritik apa saja. Bagi aku, itu je lah sekelumit penghargaan yang aku boleh kasi dekat semua member2 yang ingat hari lahir aku. Kawan 20 tahun sekalipun. Belum tentu dia boleh ingat DOB kita. Bukan taksub atau kemaruk sangat nak orang wish. Aku suka. Benda setahun sekali. Bukan selalu datang. Bukan aku buat kerja gila pun. Bukan kotorkan rumah siapa2 pun, sakitkan mata siapa2 pun atau sewaktu dengannya. Kalau korang antara spesies yang tak suka, aku minta maaf lah banyak2.

Kesian lagi sepupu aku. Birthday dia 4 tahun sekali. Amek kau! Sanggup korang jadi dia? Alamat saving gila balak/awek korang. Kalau dia nak buat macam aku buat ini pun, aku sokong 200%! Lagi unik kot birthday dia. Siap aku seloroh dengan adik ipar mak aku ini (semua dengan loghat Perak ya), "Nape le mak su tak tahan sehari lagi? Boleh le celebrate tiap2 tahun birthday Nurul. Kesian die." Mak su aku defend, "Kau ingat boleh tahan2 ke sakit nak beranak ni?" Berdekah kitorang gelak. Tapi kalau birthday dia datang, memang meriah! Nak cover lagi 4 tahun lah katakan.

Tapi, member2 yang kita harap ingat kita, tiada. Entah. Busy dengan kerja sehari-hari kot. Tak pun nak jaga anak, suami/isteri/mertua. Tak apalah. Aku sayang semua member2 aku. Wish ke, tak wish ke, belakang cerita. Tak jadi kudis pun kalau tak ingat. Sumpah aku tak kisah. Friendship lagi berharga kot.

p/s : Aku buka peluang lagi ni kat siapa2 nak wish! Hahahahhaha. Sengal. Pastu ada gak wish masuk lambat dalam henset aku. Biasalah. Henset dah Alzheimer.

Terima Kasih Part 2

Rabu : 1 Julai 2009, 1.54 tengahari

1 Julai 2009
12.18 tengahari
Fahmi : hapi beday pojie...ni aku kire da lmbt la ni..haha

12.39 tengahari
Paan : eppy busday

1.14 tengahari
Chan : hapi bday pojie-man~

3.17 petang
Abun : apy bufday mohd fauzi

3.19 petang
Din : eppy bday pogy~ (Dengan ada hadiah Terminator Salvation)

4.09 petang
Syafiq : huhu...happie besday pojie

4.40 petang
Jason : happy bufday bro.....

6.37 petang
Zati : Happy birthday!.may all ur dreams come true..

6.53 petang
Norra : (nyanyi sendri taw!!) lalalala... happy besday to sifuuuu~ happy besday to u....hehe...=p lanje2..

7.13 malam
Nadirah : happy birthday!

7.22 malam
Swes : (MMS) Hepy besday Hepy alwaz 2

7.34 malam
Kevin : Happy birthday Pojie!!!! God bless u!

7.43 malam
Mali : (Kek Secret Recipe - Cappucino Cheese Cake) happy birthday poji... ambik ni cake ak bg.. haha

8.18 malam
Elly : Salam..slmt ulang thn kelahiran..m0ga um0 22thn ni m'jdkn k0 lbh matang dlm m'harungi liku2 khdupan yg makin m'cabar..=)

9.14 malam
My bro : Epi 22th bsday~ sm0ge pjg umo murah rezeki n t'capai sgale yg diimpi.

9.48 malam
Moo : Hapy Burtdy G...
Tim : pojieee~ ..selamay hari jadi!!!heee~ ..moga panjang umur and murah rezeki.. :)

9.49 malam
Thana : Hapie birthday fauzi.tc.god blez u n ur fmly *wink*

9.51 malam
Eila : (Picture message) Happy sweet-22 besday.. *wink*

10.00 malam
Emy : Oit...happY bUzday my dear Friend;)

10.27 malam
Param : happy birthday......=)

10.37 malam
Amalia : happy birthday fren...

11.29 malam
Kopa : api besday poji.....smg panje umoq..amin..ahaha


2 Julai 2009
10.26 pagi
Kak Munirah : assalamualaikum.... happy belated birthday.... semoga panjang umur dan murah rezeki.... belajar ker da keje nih.... aduhai...taking care

12.24 tengahari
Rahimi : hapy besday poji..smoga sukses slalu :)

5.00 petang
Mieza : Happy Belated Bsday Poji!!

10.35 malam
Anis : anyway, hepi belated beday~ may GOD bless u..;)


3 Julai 2009
11.21 pagi
Mandy : hepi belated besday... wish u all da best & luck in ur life

3.20 petang
Nad : No greeting card to give.. No sweet flowers to send.. No cute graphics to forward.. Just a LOVING heart saying "hepi belated bday..may god bless u..


4 Julai 2009
7.29 malam
Amir Cipan : Haha.da bis praktikal bru ingat.hepi belated bday.hang dah tua.


5 Julai 2009
2.15 petang
Apis : epy besday.. sowy lwt skt..


7 Julai 2009
7.02 malam
Pisang : hepy belated besday


31 Julai 2009
Dalam 6.40 petang
My dad : Happy belated birthday. Ayah ingatkan esok!

Terima Kasih Part 1

Rabu : 1 Julai 2009, 12.22 tengah malam

30 Jun 2009
8.46 pagi
Masz : Hape besday..Sm0ga drahmati n dmurahkan rezeki

10.52 malam
Umie : hepi besday poji..ha..ak org prtme wish ni..shari sblum besday..baik kn ak???kih2..

11.57 malam
Nisa : Pojie, epi bday! =)


1 Julai 2009
12.06 tengah malam
Nani : epy bday pojie

12.10 tengah malam
Meng Onn : api bday dun get burn k wakkakaka

12.16 tengah malam
Yana : (Ada gambar bear) A bear with some flowers specially delivered to U to say these words.. hePi buRfdaY.. *wink* n wish ur dream come true.. taking care~

12.38 tengah malam
Ijat : yuhuu~ wei mat..happy birthday!! (Ada gambar kek dengan 6 colourful candles)

1.12 pagi
Kamal : Salam.. I just gonna 2 wish.. Hapy beday.. Hope wht u have dreamed... u will have it.. Amin..

1.15 pagi
Shafiq : Happy 22nd Birthday Fauzi Ahmad.May Allah blessing u.It juz anther no.Wish u hv a great n joyful wndrful day evryday.Gud luck in evrythng u do

1.16 pagi
Kamal Ruzaini : Haha.tq.ap jiwang.ak mmg cani.jujur dalam percintaan.haha ko pn slamat ari lahir =)

2.11 pagi
Shafik : slamt hari lahe poji...

5.44 pagi (waktu Indonesia)
Elis : Salam incik! Adekah bday anda hr ini? Jika ya, epi besday! Hahaha. Ad rmindr kuaw kt hp aku, aku pn brase sangsi btol ke x... haha

6.42 pagi
My mom : Happy birthday. Nasib baik Fedtri mention hari ni 1st July.

7.09 pagi
Mont : Ji. Slamat ari tue. Ak doakan ko pjg umo murah rezki. Amin

7.40 pagi
Jijah : Salam..hepy besday..selmt mngkt usia..sm0ga pjg umur, b'jy d dunia n akhrt..serta bhgia cel¿¿¿¿¿¿¿¿ (some text missing)

8.21 pagi
Abu : Happy birthday.smoga panjang umur dan murah rezeki.Amin

8.50 pagi
Syam : wei.. ptt la balek.. smbut besday kat umah la.. nwy epy besday.. moga2 misai ko lmbt pnjng.. hahaha..

8.53 pagi
Wanie : ~~Happy birthday!!!

9.05 pagi
Timah : selamat ulang taun po po pojie~

9.47 pagi
T-cher Ju : Wishing u a very HAPPY BIRTHDAY wld really luv 2 c u

10.24 pagi
Shi Yi : HappY BiRthDay!!! ^_^

10.32 pagi
Kalep : selamat hari jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................................

10.42 pagi
Wanie Sarawak : hapi bertday pojie....

10.43 pagi
Farah : pojie.. hepi bufday, yo! smbut bufday kt mne? hoho..

Aku dah samok karok!

Selasa : 30 Jun 2009, 9.35 malam

Peh. Entri terakhir bulan ni. Memang tengah angau menulis lagi. Lagi 2,3 bulan tengok. Confirm sebulan sekali pun susah. Lepak Bangi dah 4 hari. So, homesick tiba2. Rindu mak aku masak. Member2 LI. Makan pun ada tiada je. Tapi semalam memang happening! Rekod lah! Karok kat Warta dekat 20++ lagu. Dengan member2 UTM aku lah. Bantai sampai suara hilang, telinga pekak sebelah. Dorang lagu2 wajib macam lagu rock kapak semua, lagu pecah tekak, pecah peti suara. Aduh. Nyanyi Hasrat pun tak feeling dah. Hahahahha. Memang sekarang aku tengah gila karok. Sorang2 pun jadi. Bayangkan. Dulu kalau nak nyanyi, dengan member2 pun, kemain malu. Kalah siput sedut. Sekarang tak payah cerita. Aku pelopor semua. Hahahahhaa. Aku bergiat karok ni kat UTM lah. Dengan member chemical aku sorang ni. Geng daripada 1st year pula. Dulu tak ramai suka. Pastu, membiak. Sampai tak ajak aku pun ada! Mana boleh penggiat utama tiada dalam screen! Peduli lah. Kalau kat JB, aku pernah karok kat Angsana, Danga Bay, RedBox, Giant Pulai. Memang hafal tempat dia, port mana sedap. Bukanlah suara aku sedap sangat. Peduli aku lah. Suara aku. Aku happy2 sudah. Hehe.

Lagu wajib aku. (Yang kena dengan tone aku lah)
  • Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza
  • Memori Luka - Headwind
  • Mimpi Yang Sempurna - Peterpan
Minat gak Faizal Tahir. Tapi suara tak sampai. Sampai chorus, kalau tak bagi kawan aku sambung, aku nyanyi macam bercakap. Hahaha. Semalam ending lagu bantai lagu Hukum Karma. Memang pecah gegendang aku.

Cicak dan Arwah Michael Jackson

Jumaat : 26 Jun 2009, 5.01 petang

Malam tadi (yakni malam Jumaat), aku dengan rasa lapar yang memanjang pergilah dapur cari apa2 nak dimakan. Perut memulas dah 2 kali. Bisnes pun 2 kali. Dengan bertuala, singgah ke tempat favourite aku ni. Sampai kat sinki ambil mangkuk nak isi Koko Krunch. Belakang aku peti ais. Tempat menyimpan segala khazanah alam untuk memenuhkan perut. Koko Krunch aku letak luar. Sejuk pula coklat gandum tu nanti. Pusing belakang, tiba2 nampak lah makhluk Allah bernama cicak ni (atau nama saintifiknya, Gekkonidae squamata) baring tengah jalan tepi peti ais. Aku pelik lah. Dah punya dekat aku approach, tak takut2. Aku suspect dia ni berani kot. Aku ambil lah penyapu (ala, yang berus dia kasar sikit tu) nak acah2 kat dia. Tak lari. Aku jadi lagi kagum. Friendly tahap gaban cicak ni. Tengok perut macam bunting. Sakit nak bertelur kot. Aku acah sikit lagi baru dia jalan. Jalan pun macam ular. Melingkar2. Ada la 0.5 m dia gerak dari petak asal. Aku acah lagi, harap2 dia putuskan ekor dia. Tak juga. Sampai satu tahap aku golekkan dia dengan penyapu. Memang tiada respon positif daripada pihak reptilia ini. Kesiannya pasal (kalau ikutkan hati lama aku bunuh, dapat pahala malam2 Jumaat ni) aku terbalikkan dia balik. Aku bosan dengan dia. Lapar kot dia tu. Aku ambil lah cebis roti Gardenia sikit (yang coklat tu, bukan yang putih) sua kat dia. Pun tiada respon. Berpaling lagi adalah. Naik hantu aku. Aku pun dah lapar. Melantak Koko Krunch dulu. Malu kot jumpa manusia paling mulia ni. Hahahahaha.

Tiba2 aku terkejut bangun pagi tengok homepage aku, iaitu Yahoo!. Jacko dah meninggal. Peh. Mula2 suspect pasal excessive plastic surgery yang dia buat daripada dia start nak gemilang dulu lah. Meleset. Cardiac arrest rupanya. Yakni serangan jantung. Dia ditemui pengsan. Paramedik dapat panggilan pukul 12.21 tengahari waktu tempatan. Time of death : 2.26 petang, juga waktu tempatan. But, siasatan lanjut masih lagi dijalankan nak kenal pasti punca kematian atau mungkin ada perbuatan jenayah. Hilanglah Raja Pop dunia yang baru peluk Islam tu. Alhamdulillah lah juga. Sempat dia nikmati pemberian yang paling tak ternilai itu. Innalillah buat Allahyarham Michael Jackson.

Allahyarham Michael Jackson (29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009)

Ha! Bangun pagi, gosok gigi. Tak juga. Pergi dapur dulu. Tengok2 tempat cicak semalam dah tiada roti tu. Soal siasat mak aku dia kata tak tahu. Sah cicak pemalu! Yang dia tinggal ekor dia je. Siap ada darah lagi. Ucapan terima kasih kot. Sama2 lah cicak.

Optimus Prime, Megatron - Battle of the robots

Wednesday : 24th June 2009, 8.02 p.m.

I wanna change my wind. Yeah. You heard me. I've watched the movie! Hahahahahaa. I almost didn't get to watch at first show. So, I joined the second crowd. E 17, Hall 1, GSC Mid Valley, you were the witness of my excitement! Full house! Some even had booked one week earlier. I mused, what for? You won't get the feeling of queuing up soooo long just to get yourself thrilled! The reason why I watched this movie; I watched the first one. I love films with actions and suspenses. I fell in love Megan Fox! Who won't?

The typical part in any full-of-actions Hollywood movie is that they will always put fighting, violent scenes before the real story comes in. I felt it with the first movie. Now, I saw it again in the second. Cliche but who cares? But I second the motion. This second one, Transformers : Revenge of the Fallen is more and more compact, dense with actions, thrills and graphics! Yeah. The graphic was so excessive and at times I couldn't take it. I remember, when Sam (Shia LaBeouf) heals back Optimus Prime with that Matrix of Leadership and the robot starts to combine with other robots to form a new, gigantic, full of power one, a mid 30-year-old man in the theatre started to get very excited unbelievably. He was screaming like, yeah! Go get them! Finish them! Hahahhaha. He had a daughter and a wife! I bet, his wife must have been very shocked to see her husband act out of control. For sure she was like, "Ya Allah, laki aku".

I've watched it. Have you?

My favorite scenes
  • Mikaela's (Megan Fox) facial expression when she couldn't get to chat with Sam on Sam's first day at college.
  • Mikaela's quick change to congratulate Sam.
  • Sam's mom talking about the L word. Nah. I thought something else.
  • Optimus Prime combines with others to form another powerful robot and fights the demonic robots. Goose bumps beb. With the scores, excellent!
  • Of course, dumbass! Mejar Lennox's (Josh Duhamel) screamings and orders to that defensive, cocky so-called Mr. President rep (Galloway, I think) when Lennox tries to get rid of that fella ON AIR.

My f***ed-up scene
  • One and only, that quick stripping and butt-showing by that ex-military man who helps Sam to destroy the Megatron and the gang. I almost puked. Trust me.

Superb! Excellent job! Totally loved it! Can't wait for the sequel.

Mimpi yang sempurna

Rabu : 24 Jun 2009, 7.38 pagi

Peh. Selamat pagi semua. Semalam aku tidur mimpi best gila! Tak pasal2 aku jadi forensic expert. Kes dia : pembunuhan kejam seorang perempuan. Dikatakan dipotong2 dan disumbat dalam lubang. Lubang dia korang tahu besar mana? Besar lubang yang ada kat bilik mandi selalu tu. Lepas tu, dikatakan juga bagi mengelakkan bau busuk, ada satu bau kat lubang tu. Macam mana nak describe eh? Macam bau clorox + formalin. Aku ingat. Aku ada sebut formalin dalam mimpi tu. Yang aku pelik, mak budak kene assassin tu (peh, glamor kot) rilek2 je. Siap dikatakan bertahun-tahun tak jumpa mayat tu. Aku jumpa dengan team aku cepat je. Siap cari traces of blood guna luminol lagi. Bayangkan betapa tak masuk akalnya mimpi tu. Boleh pula after years, traces of the blood ada lagi. The result? Dekat ada satu kawasan ni kira2 10 meter dari tempat pembunuhan, ada la something blue-green glow-in-the-dark atas pasir. Wah!

Contoh tindakbalas luminol dengan darah

Pastu, mesti mimpi pasal dorang. Dah 2,3 hari dah. Kitorang berbual2 macam dulu2. Rindu sial semua masa2 tu. Aku tak plan pula keluar mimpi macam tu. Takpe la. Lepas rindu kat mimpi pun jadi la.

Asyik kantoi Isyak! Memang kalau bangun Subuh, aku mesti naik hantu. Lagha tak habis2! Padahal tak logik dek akal tertinggal.

Nak tengok Transformers II! Jeles orang lain dah serbu TGV, GSC etc. dulu!

Menahan amarah

Isnin : 22 Jun 2009, 11.07 malam

Situasi 1
Sambil cuit bahu aku dengan dia hanya bertuala.
Kawan A : Jom teman aku pergi ambil ****
Aku : Ambil kat JB?
Kawan A : A'ah.

Dalam kereta (tiada sepatah kata)
Kawan A : Aku biasa pergi dengan ****. Dia tahu jalan.
Aku : Oh.

(Diam lagi)
Bila dah jemput Kawan B, keadaan jadi gamat. Aku stay belakang. Sampai kolej hantar Kawan B, gamat hilang. Minyak gamat pun takde.


Situasi 2
Aku : Nak pergi mana?
Kawan C : Ambil gambar. (Dengan semangat)

Kawan D cuma lihat sahaja. Dorang berdua pergi bergambar simposium.


Situasi 3
Aku tidur kat bilik Kawan E. Sebab bilik aku jadi port dak2 melepak. Tak lena. Masa tu lewat petang.

Kawan E : (Bersiap2) Jom.
Kawan F : Ok.
Aku : Pergi mana?
Kawan E : Rahsia la.
Aku : Ok. (Sambung tidur)

Kawan E dengan gaya nak ambil hati cuit2 kepala aku. Dengan rasa sakit hati aku tengok dorang pergi jalan2 entah ke mana. Dengan member2 pun nak rahsia. Mual beb.

Balik lepas maghrib dengan barang penuh label JJ. Borong habis.

Kawan G : Gila la. Pergi JJ tak ajak sial.

Kawan E sengih je. Kawan F balik aras dia kot.


Mantik
Kawan A = Kawan D = Kawan E
Kawan C = Kawan F = kawan tahu jalan
Kawan B = kawan untuk dijemput kat JB
Kawan G = berdiri sendiri

p/s : Apa ya?

Benci sial duduk flat!

Isnin : 22 Jun 2009, 4.54 petang

Aduh... da lama sakit hati, jiwa, otak tengok orang2 yang duduk flat ni. Serius aku cakap. Orang duduk gua lagi bertamadun kot. Ada ke campak pampers (maksud aku yang dah berisi) baling bawah dan nak dijadikan cerita, jatuh kat serambi rumah aku? F*** gila! Nama kuarters kerajaan. Expectation untuk orang2 yang dah bekerja ini harap2 tinggi la when it comes to cleanliness. Ini serupa duduk tapak pelupusan sampah! Yang duduk atas tu takpe la. Allah tu Maha Kaya. Maha Adil lagi. Pelik juga. Takkan la budak2 yang dah habis bisnes pergi campak aset dia ke bawah? Mentaliti tahap negara kelas ketiga! Entah2 orang2 sana lagi berakal, berminda, berotak!

Ni baru cerita aku yang duduk tingkat 6. Belum lagi yang duduk ground floor. Lagi jiwa sengsara.

Selamat Datang - Welcome - Bienvenido - Bienvenue - اهلاً و سهلاً - 환영합니다 - ようこそ

Isnin : 22 Jun 2009, 4.23 petang

Dah lama sebenarnya nak buat blog sendiri. Tapi baru sekarang ada semangat. Tengok kawan2 buat, macam best je. Sebab blog ni boleh jadi tempat kita lepas tekanan, kongsi rasa dan jadi satu terjemahan perasaan kita melalui perkataan. Sori lah ayat aku agak jiwang sikit. Memang kot. Hahahahaha. Seronok aku baca blog2 orang. Dapat macam-macam impresi. Aku dah start buat blog lama dah kat Friendster aku dulu. Disebabkan banyak sangat kuman, virus dan hackers, aku stop. Malas. Pastu aku pindah pergi Facebook. Siap member aku pernah cakap, "Kau ni macam kacang lupakan kulit". Tapi kalau kulit tu dah berkulat-kulat, banyak penyakit, kacang mana nak stay kan. Adeh. Aku tak pernah lupakan Friendster aku tu. Banyak berjasa. Situ la aku jumpa kawan-kawan lama, kawan sekolah, matrik, dan termasuklah kawan-kawan universiti aku. Takpe2. Aku tau mana aku berpijak.


Anyway, this is my official welcoming message to you guys who ever cross my blog, intentionally or accidentally. Aku tengah cuba kawal diri aku supaya jaga bahasa aku kat sini. Tak nak shortform2. Tak nak daftar kata singkat. Aku cuba lah. Tak boleh aku stay macam aku sekarang2 ni. Cara aku menaip kat Facebook, YM. Tata


Related Posts with Thumbnails