BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Coretan dari Batu Layar

Sabtu : 22 Ogos 2009, 3.33 petang

Aku gerak ke UTM 10 Ogos lepas pada pukul 4.30 petang dengan menaiki bas Transnasional. Nak melepas rindu dengan rakan2 semua. Dan aku punya urusan penting pada minggu hadapannya di menara gadingku tersayang. Pergi menuntut jubah, menyelesaikan segala urusan konvokesyen dan berjumpa rakan2 sefakulti. Macam2 cerita keluar tatkala kami berkumpul di luar makmal penyelidikanku. Masing2 majoriti menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Tak kurang juga yang menjadi pembantu penyelidik sebelum layak menyambung secara rasmi. Rata2 merungut kerja menimbun dan menekan. Aku rasa aku telah ambil keputusan yang betul untuk tidak menghuni UTM buat 2 tahun yang akan datang. Tiada keceriaan terpancar di muka mereka. Semua negatif dan pesimis.

Aku menginap di bilik rakanku (bilik singgah bagi dia) di kolej yang paling hujung di sana. Mujurlah rakan2 lama masih searas. Aku dihempuk, digomol semahunya bila mereka ternampak kelibat aku. Sampai bila ingin dirahsiakan, bukan? Sampailah pada hari Jumaat, 14 Ogos, aku disogok ke tahap cipan oleh rakan2 SKK ku untuk menyertai camping mereka buat kali terakhir. Semua menggasak aku pergi. Tak kurang juga memujuk. Aku bukan apa. Segan semua ada. Macam tiada kaitan. Tapi akhirnya aku kalah setelah beribu2 alasanku ditolak mentah2. Pada pagi Sabtu, 15 Ogos 2009, aku pun menyertai mereka ke pantai Batu Layar, Desaru. Konvoi 10 kereta rasanya. Lima lelaki, lima perempuan. Aku sekadar penumpang sahaja. Pagi2 lagi sudah berkumpul di K9 untuk bersarapan. Semua memakai serba putih termasuk aku. Sebenarnya aku curi baju rakan aku yang baru dibelinya di pesta konvo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Cukuplah untuk aku sembahyang jamak sahaja sepanjang berada di sana. Aktiviti telah disusunatur. Tinggal untuk mengimarahkannya sahaja.

Sampai2 semua nak jadi artis. Duduk2 semua atas jalan tar yang membahang tu. Sepanjang perjalanan asyik hujan je. Agak kerisauan AJK2 Aktiviti semua. Tapi Alhamdulillah. Berbekalkan niat baik untuk merapatkan ukhwah antara kami, Dia terangilah tepi pantai tu dengan sinar matahariNya. Tempat kami berteduh namanya Chalet Samudra. Empat untuk perempuan, dua untuk lelaki. Siap bawa 2 khemah lagi. Masa ni tak tahu lagi apa yang bakal dialami balik nanti. Semua terpukau dengan pantai terbentang indah. Kemudian, kami meletakkan barang2 di bilik dan sembahyang jamak. Aku jua tak ketinggalan. Seronok gila nak mandi pantai sebenarnya!

Aktiviti pertama ialah treasure hunt. Aku agak lewat hadir ke pantai sebab last minute aku dilantik menjadi AJK Kunci bilik lelaki. Dan2 bilik tak boleh kunci dan tak boleh buka balik. Dahlah ada seorang kakak Celcom ni minta tolong charge telefon bimbit dia. Dek kerana tanggungjawab, aku dan rakan aku kumpul kudrat nak buka pintu bilik semula. Sempatlah minta maaf sebab lambat. Kakak tu biasa saja. Sampai2 pantai, permainan dah mula. Aku dapatkan ahli2 kumpulan aku. Semua sibuk jaga belon air. Aku layan sajalah. Tanpa tahu bagaimana permainan tu dimainkan. Sampai ke sudah aku tak tahu apa corak permainan tu sebenarnya. Masing2 sibuk nak pecahkan belon air kumpulan lain. Sampai ke tahap AJK aktiviti semua naik angin suruh berhenti. Acara kemudian bersambung dengan baling2 belon air dalam satu kumpulan tanpa toleh belakang. Teknik? Tangkap pakai baju. Tapi kami terpaksa menggunakan belon2 air yang tinggal. Disebabkan hanya ada 2 belon air yang terselamat dalam kumpulan aku, jadi kami satu kumpulan habis awal. Masih lagi aku tak tahu apa motif permainan tersebut. Seterusnya, teka peribahasa tanpa menggunakan tutur bicara. Aku wakil kumpulan aku. Dapat peribahasa "bagai ombak dan pantai". Peh. Tu macam kata2 pujangga je. Penat lelah aku tunjuk 4 perkataan dengan jari2 aku dan tunjuk2 pantai di belakang. Pun salah. Kumpulan lain menang. Acara terakhir, bina satu garisan panjang dengan menggunakan apa sahaja di pantai tersebut. Memang sesuai. Pasal apa? Pantai tu kotor gila! Sampah sarap berlambak2! Kalau kaki ayam tak pasal2 pijak botol kaca. Dan2 juga ahli kumpulan aku nak gunakan tali rafia yang dia jumpa tapi tak dibenarkan oleh AJK aktiviti. Pasrah. Akhirnya kumpulan aku antara top 3 yang corot. Denda? Persembahan 5 minit sekurang2nya malam makan2 nanti. Fuh.
















Setelah habis segala permainan, kami menuju ke pantai! Mandi laut! Agak awal kami bermandi-manda kerana sesi permainan berlangsung dalam tempoh yang singkat. Aku mandi semahunya. Siap main polo air lagi. Ombak pantai di situ agak ngeri sedikit. Gulungan agak tinggi dan berkuasa. Agak cuak tapi aku redah saja. Bukan selalu dapat mandi laut. Aku sampai tak larat untuk meneruskan aktiviti mandi aku. Kemudian aku sertai rakan2 yang lain menanam rakan aku dalam pasir pantai.

Macam2 pattern dan bentuk direka atas badan rakanku ini. Tak kurang juga bentuk2 erotik dan seni. Di samping itu juga, sempat lagi rakan aku yang lain membentuk replika penyu di sebelah. Setelah tak tahu apa lagi hendak direka, kami semua bermain futsal pantai. Seronok jugalah. Kejap2 garisan luar kecil lah, besarlah. Tak kurang juga apabila ombak laut mengakis garisan2 tersebut. Penat jugalah AJK Garisan membuat semula garisan2 tadi supaya rakan2 lain dapat mempamerkan aksi lincah bermain bola di tepi pantai.

Pelbagai aksi girang dapat dilihat masa kami semua bermain futsal. Aku sempat main sekejap sebagai pemain import dalam kumpulan aku. Agak lama jugalah sesi futsal ni berlangsung. Aku sempat berlari semula mendampingi pantai untuk membasahkan diri yang dah sedia basah. Rakan2 yang lain kemudian sambung mandi laut setelah kumpulan masing2 gagal meneruskan perjuangan di gelanggang futsal tersebut. Aku yang kepenatan merehatkan diri di bawah pohon rendang di tepi jalan bersama yang lain selepas penat menjamu air masin itu. Balik2 bilik mandi normal semula dan bersiap untuk BBQ malamnya pula bersama AJK BBQ. Senang berpelikat sebelum azan Maghrib berkumandang.

Malam tu kami dijamu dengan BBQ ayam perap, hotdog dan otak2. Aku sempat menjadi tukang bakar ayam untuk sementara waktu sebelum diganti yang lebih berhak. Setelah penat melihat laut, rakan2 membakar, membuat unggun api di tengah pantai, aku kembali ke bilik untuk tidur sebentar. Agak kepenatan sebenarnya kerana malam sebelumnya aku tidur lewat dan bangun pagi untuk berkumpul. Tidak lena jua sebenarnya tapi aku alaskan juga kepala aku dengan tangan aku untuk melelapkan mata. Seorang2 singgah ke tandas bilik dan ingat aku tak sihat. Sampailah saat permainan kotak beracun. Aku tak sertai kerana terlelap sehingga permainan tamat. Cuak perut sebenarnya nak main permainan tu. Dapat soalan2/aksi2 pelik mahu tak segan aku. Aku sempat sertai permainan spontan bersama rakan2 yang lain selepas aku bangun. Dan akhirnya kami kehabisan idea untuk bermain pada malam itu. Setelah digasak dengan aksi2 willy mat2 rempit di pantai itu, kami semua berkemas2 untuk pulang ke sangkar untuk tidur. Sempat juga aku mandi dan bermain kad di depan chalet perempuan. Dengan niat untuk menjadi jaga. Kemudian berborak2 dengan rakan Palapes ku bercerita tentang sesi pentauliahannya pada cuti sem lepas. Seronok juga mendengar pengalamannya. Akhirnya aku naik ke atas untuk tidur setelah tak mampu lagi untuk bertahan bersama rakan2 yang lain di bawah.

Aku tersedar dalam pukul 7.00 pagi. Subuh terlajak! Bangun2 menggigil dek angin pantai. Aku capai sweater aku dan membuntuti rakan2 aku yang sudah bangun awal untuk mandi lagi di pantai. Aku tak sertai. Tak tahan sejuk. Kemudian baru teringat nak qadha Subuh. Aku mandi2 dan bersiap untuk sesi pagi semula. Yang lain sempat membakar lebihan2 ayam dan otak2 semalam untuk dijadikan sarapan. Perempuan yang lain membuat sandwich sardin. Seorang2 bangun kemudiannya. Masa sesi pembayaran kepada tuan punya chalet itu, aku di atas berkemas2 untuk pulang. Hadiah juga dah disediakan untuk sesi seterusnya. Terkejut juga aku apabila bayaran yang dikenakan tidak seperti yang dijanjikan sebelum datang ke sini. Tapak khemah, elektrik untuk BBQ juga perlu dibayar! Come on lah pakcik. Kami semua bukan sewa tapak pun. Ada ke dorang kenakan bayaran RM 30 untuk elektrik malam tadi? Sungguh tak masuk akal. Kami bermula pukul 7.10 malam sehingga pukul 1.30 pagi macam tu. Dia ingat kami semua tak belajar kira bil elektrik agaknya. Habis semua mencarut, menyumpah seranah tuan punya chalet itu. Dengan bilik air yang serba daif, tandas tak boleh flush. "Pakcik meniaga bukan untuk sehari je", kata pakcik tu. Tahu pun! Dah tu tak payahlah perah duit kami sampai masukkan bil2 pelik. Akhirnya dengan sedikit rundingan, RM 30 dipotong. Aduh. Memang kena senaraihitam chalet ni. Tapi karaoke dia bagi percuma. Sempatlah aku test suara.

Kemudian berlangsungnya aktiviti tukar2 hadiah. Kali ini acara agak pelik. Yang menerima perlu membuka hadiah itu depan semua. Aduh! Moral down. Hadiah aku agak serabut sket. Tapi nasib baik. Penerimanya agak pemalu dan cuma buka hadiah aku di belakang. Dan aku juga dapat hadiahnya semula. Sungguh kelakar.
















Setelah semua selesai, kami pun pulang ke UTM. Di pertengahan perjalanan sempatlah ke kedai coklat bumiputera membeli sedikit buah tangan dan menjamu selera. Nasi goreng kampung macam nasi goreng minyak. Aduh. Macam2 dugaan. Tapi Alhamdulillah. Semua selamat sampai ke bumi UTM tanpa apa2 kejadian yang tidak diingini. Sebab sebelum ni rekod asyik ada je kemalangan kalau kami semua konvoi beramai2. Sampai bilik aku menghadap laptop aku dan bersiap2 untuk majlis besar esoknya. Pertama kali menggosok baju sekemas mungkin. Sempatlah berjumpa ibubapaku selepas sampai daripada camping di UTM. Esok hari besar buatku. Aku masih tak punya apa2 rasa untuk menyambutnya.

p/s : Antara Mali, Spoy dan Mat, siapa lagi PJK - soalan kotak beracun aku yang sangkut. Maaf!

No comments:

Related Posts with Thumbnails