BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Menjual diri di PWTC

Ahad : 16 Mei 2010, 2.32 petang

Fuh. Memang lama aku berhibernasi. Mencari diri, kematangan dalam menulis, menjelajah isi hidup di luar yang sungguh menikam dan memperhalusi segala benda yang menuntut pemerhatian. Aku tidak pernah berkata untuk berhenti menulis, cuma aku membenarkan sangkaan aku yang pernah aku hujahkan dalam pos yang lepas. Minat perlu mendalam dalam menulis, itu akan sentiasa dikenang. Bukan dalam blogging saja, malah segala benda. Jangan kerana seorang rakan mengorak langkah menulis, yang lain mencicit mengejar benda yang sama. InsyaAllah tak kekal lama. Parah kalau memaksa diri membenarkan sesuatu tidak digemari menjajahi diri. Yang penting jangan terlampau ikut orang.

Hmm... dan tidak pernah aku berkata aku telah temui kematangan itu dalam aku menjual cerita2 aku. Cuma selepas 9 bulan aku tutup kedai di sini, aku kembali membukanya. Ternyata aku mampu tergelak dan berasa malu melihat pos2 lamaku. Mungkin petanda kematangan sudah tiba walaupun secebis? Kita tunggu hasil seterusnya.

Semalam, aku menghabiskan hari siangku di PWTC. Menjaja diri untuk mendapat tempat dalam masyarakat berkerjaya. Sudah aku agak. Memang resume aku lebih daripada cukup. Dan takkan pernah habis. Mungkin aku masih seperti dulu. Agak sangsi dengan masyarakat sebegini. Apa pengakhiran pembelajaran, kesinambungannya ialah pekerjaan? Telahan dungu tiba. Ramai rakan2 yang aku terserempak dan mencebik. Ada sedikit perhimpunan semula berlaku. Masing2 merungut tiada lubang berkenaan dengan masa yang telah dihabiskan di menara gading. Aku banyak melacur masa. Mencari2 sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Keliling, atas bawah sampai kaki aku berdua sudah tidak aku rasai kewujudan mereka.

Banyak benda yang singgah dalam benak selain menjual diri di situ. Yang semestinya lebih dominan berbanding untuk mendeposit resume yang jauh lebih resesif.

Air percuma juga menjadi bahan untuk aku di"bahan"kan oleh rakan2. Lepas ini, tak payah pergi pasar malam lagi! Muka aku sudah jadi tembok!

p/s : Sedih, sayu tiada gunanya. Aku penat memberi jalan.

Selamat datang kepada Ramadhan

Ahad : 23 Ogos 2009, 7.04 malam

Lagi beberapa minit azan Maghrib akan berkumandang. Dah masuk puasa kedua. Di sini, aku setulus hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan pada semua rakan2 dan siapa2 yang singgah kat teratak blog aku ni. Semoga kita mendapat 1000 barakah daripada Ramadhan ini. Jangan lupa terawih. Aku pun tengah nak mendisiplinkan diri untuk memenuhkan malam2 aku dengan ibadah sunat ni. InsyaAllah.

Coretan dari Batu Layar

Sabtu : 22 Ogos 2009, 3.33 petang

Aku gerak ke UTM 10 Ogos lepas pada pukul 4.30 petang dengan menaiki bas Transnasional. Nak melepas rindu dengan rakan2 semua. Dan aku punya urusan penting pada minggu hadapannya di menara gadingku tersayang. Pergi menuntut jubah, menyelesaikan segala urusan konvokesyen dan berjumpa rakan2 sefakulti. Macam2 cerita keluar tatkala kami berkumpul di luar makmal penyelidikanku. Masing2 majoriti menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Tak kurang juga yang menjadi pembantu penyelidik sebelum layak menyambung secara rasmi. Rata2 merungut kerja menimbun dan menekan. Aku rasa aku telah ambil keputusan yang betul untuk tidak menghuni UTM buat 2 tahun yang akan datang. Tiada keceriaan terpancar di muka mereka. Semua negatif dan pesimis.

Aku menginap di bilik rakanku (bilik singgah bagi dia) di kolej yang paling hujung di sana. Mujurlah rakan2 lama masih searas. Aku dihempuk, digomol semahunya bila mereka ternampak kelibat aku. Sampai bila ingin dirahsiakan, bukan? Sampailah pada hari Jumaat, 14 Ogos, aku disogok ke tahap cipan oleh rakan2 SKK ku untuk menyertai camping mereka buat kali terakhir. Semua menggasak aku pergi. Tak kurang juga memujuk. Aku bukan apa. Segan semua ada. Macam tiada kaitan. Tapi akhirnya aku kalah setelah beribu2 alasanku ditolak mentah2. Pada pagi Sabtu, 15 Ogos 2009, aku pun menyertai mereka ke pantai Batu Layar, Desaru. Konvoi 10 kereta rasanya. Lima lelaki, lima perempuan. Aku sekadar penumpang sahaja. Pagi2 lagi sudah berkumpul di K9 untuk bersarapan. Semua memakai serba putih termasuk aku. Sebenarnya aku curi baju rakan aku yang baru dibelinya di pesta konvo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Cukuplah untuk aku sembahyang jamak sahaja sepanjang berada di sana. Aktiviti telah disusunatur. Tinggal untuk mengimarahkannya sahaja.

Sampai2 semua nak jadi artis. Duduk2 semua atas jalan tar yang membahang tu. Sepanjang perjalanan asyik hujan je. Agak kerisauan AJK2 Aktiviti semua. Tapi Alhamdulillah. Berbekalkan niat baik untuk merapatkan ukhwah antara kami, Dia terangilah tepi pantai tu dengan sinar matahariNya. Tempat kami berteduh namanya Chalet Samudra. Empat untuk perempuan, dua untuk lelaki. Siap bawa 2 khemah lagi. Masa ni tak tahu lagi apa yang bakal dialami balik nanti. Semua terpukau dengan pantai terbentang indah. Kemudian, kami meletakkan barang2 di bilik dan sembahyang jamak. Aku jua tak ketinggalan. Seronok gila nak mandi pantai sebenarnya!

Aktiviti pertama ialah treasure hunt. Aku agak lewat hadir ke pantai sebab last minute aku dilantik menjadi AJK Kunci bilik lelaki. Dan2 bilik tak boleh kunci dan tak boleh buka balik. Dahlah ada seorang kakak Celcom ni minta tolong charge telefon bimbit dia. Dek kerana tanggungjawab, aku dan rakan aku kumpul kudrat nak buka pintu bilik semula. Sempatlah minta maaf sebab lambat. Kakak tu biasa saja. Sampai2 pantai, permainan dah mula. Aku dapatkan ahli2 kumpulan aku. Semua sibuk jaga belon air. Aku layan sajalah. Tanpa tahu bagaimana permainan tu dimainkan. Sampai ke sudah aku tak tahu apa corak permainan tu sebenarnya. Masing2 sibuk nak pecahkan belon air kumpulan lain. Sampai ke tahap AJK aktiviti semua naik angin suruh berhenti. Acara kemudian bersambung dengan baling2 belon air dalam satu kumpulan tanpa toleh belakang. Teknik? Tangkap pakai baju. Tapi kami terpaksa menggunakan belon2 air yang tinggal. Disebabkan hanya ada 2 belon air yang terselamat dalam kumpulan aku, jadi kami satu kumpulan habis awal. Masih lagi aku tak tahu apa motif permainan tersebut. Seterusnya, teka peribahasa tanpa menggunakan tutur bicara. Aku wakil kumpulan aku. Dapat peribahasa "bagai ombak dan pantai". Peh. Tu macam kata2 pujangga je. Penat lelah aku tunjuk 4 perkataan dengan jari2 aku dan tunjuk2 pantai di belakang. Pun salah. Kumpulan lain menang. Acara terakhir, bina satu garisan panjang dengan menggunakan apa sahaja di pantai tersebut. Memang sesuai. Pasal apa? Pantai tu kotor gila! Sampah sarap berlambak2! Kalau kaki ayam tak pasal2 pijak botol kaca. Dan2 juga ahli kumpulan aku nak gunakan tali rafia yang dia jumpa tapi tak dibenarkan oleh AJK aktiviti. Pasrah. Akhirnya kumpulan aku antara top 3 yang corot. Denda? Persembahan 5 minit sekurang2nya malam makan2 nanti. Fuh.
















Setelah habis segala permainan, kami menuju ke pantai! Mandi laut! Agak awal kami bermandi-manda kerana sesi permainan berlangsung dalam tempoh yang singkat. Aku mandi semahunya. Siap main polo air lagi. Ombak pantai di situ agak ngeri sedikit. Gulungan agak tinggi dan berkuasa. Agak cuak tapi aku redah saja. Bukan selalu dapat mandi laut. Aku sampai tak larat untuk meneruskan aktiviti mandi aku. Kemudian aku sertai rakan2 yang lain menanam rakan aku dalam pasir pantai.

Macam2 pattern dan bentuk direka atas badan rakanku ini. Tak kurang juga bentuk2 erotik dan seni. Di samping itu juga, sempat lagi rakan aku yang lain membentuk replika penyu di sebelah. Setelah tak tahu apa lagi hendak direka, kami semua bermain futsal pantai. Seronok jugalah. Kejap2 garisan luar kecil lah, besarlah. Tak kurang juga apabila ombak laut mengakis garisan2 tersebut. Penat jugalah AJK Garisan membuat semula garisan2 tadi supaya rakan2 lain dapat mempamerkan aksi lincah bermain bola di tepi pantai.

Pelbagai aksi girang dapat dilihat masa kami semua bermain futsal. Aku sempat main sekejap sebagai pemain import dalam kumpulan aku. Agak lama jugalah sesi futsal ni berlangsung. Aku sempat berlari semula mendampingi pantai untuk membasahkan diri yang dah sedia basah. Rakan2 yang lain kemudian sambung mandi laut setelah kumpulan masing2 gagal meneruskan perjuangan di gelanggang futsal tersebut. Aku yang kepenatan merehatkan diri di bawah pohon rendang di tepi jalan bersama yang lain selepas penat menjamu air masin itu. Balik2 bilik mandi normal semula dan bersiap untuk BBQ malamnya pula bersama AJK BBQ. Senang berpelikat sebelum azan Maghrib berkumandang.

Malam tu kami dijamu dengan BBQ ayam perap, hotdog dan otak2. Aku sempat menjadi tukang bakar ayam untuk sementara waktu sebelum diganti yang lebih berhak. Setelah penat melihat laut, rakan2 membakar, membuat unggun api di tengah pantai, aku kembali ke bilik untuk tidur sebentar. Agak kepenatan sebenarnya kerana malam sebelumnya aku tidur lewat dan bangun pagi untuk berkumpul. Tidak lena jua sebenarnya tapi aku alaskan juga kepala aku dengan tangan aku untuk melelapkan mata. Seorang2 singgah ke tandas bilik dan ingat aku tak sihat. Sampailah saat permainan kotak beracun. Aku tak sertai kerana terlelap sehingga permainan tamat. Cuak perut sebenarnya nak main permainan tu. Dapat soalan2/aksi2 pelik mahu tak segan aku. Aku sempat sertai permainan spontan bersama rakan2 yang lain selepas aku bangun. Dan akhirnya kami kehabisan idea untuk bermain pada malam itu. Setelah digasak dengan aksi2 willy mat2 rempit di pantai itu, kami semua berkemas2 untuk pulang ke sangkar untuk tidur. Sempat juga aku mandi dan bermain kad di depan chalet perempuan. Dengan niat untuk menjadi jaga. Kemudian berborak2 dengan rakan Palapes ku bercerita tentang sesi pentauliahannya pada cuti sem lepas. Seronok juga mendengar pengalamannya. Akhirnya aku naik ke atas untuk tidur setelah tak mampu lagi untuk bertahan bersama rakan2 yang lain di bawah.

Aku tersedar dalam pukul 7.00 pagi. Subuh terlajak! Bangun2 menggigil dek angin pantai. Aku capai sweater aku dan membuntuti rakan2 aku yang sudah bangun awal untuk mandi lagi di pantai. Aku tak sertai. Tak tahan sejuk. Kemudian baru teringat nak qadha Subuh. Aku mandi2 dan bersiap untuk sesi pagi semula. Yang lain sempat membakar lebihan2 ayam dan otak2 semalam untuk dijadikan sarapan. Perempuan yang lain membuat sandwich sardin. Seorang2 bangun kemudiannya. Masa sesi pembayaran kepada tuan punya chalet itu, aku di atas berkemas2 untuk pulang. Hadiah juga dah disediakan untuk sesi seterusnya. Terkejut juga aku apabila bayaran yang dikenakan tidak seperti yang dijanjikan sebelum datang ke sini. Tapak khemah, elektrik untuk BBQ juga perlu dibayar! Come on lah pakcik. Kami semua bukan sewa tapak pun. Ada ke dorang kenakan bayaran RM 30 untuk elektrik malam tadi? Sungguh tak masuk akal. Kami bermula pukul 7.10 malam sehingga pukul 1.30 pagi macam tu. Dia ingat kami semua tak belajar kira bil elektrik agaknya. Habis semua mencarut, menyumpah seranah tuan punya chalet itu. Dengan bilik air yang serba daif, tandas tak boleh flush. "Pakcik meniaga bukan untuk sehari je", kata pakcik tu. Tahu pun! Dah tu tak payahlah perah duit kami sampai masukkan bil2 pelik. Akhirnya dengan sedikit rundingan, RM 30 dipotong. Aduh. Memang kena senaraihitam chalet ni. Tapi karaoke dia bagi percuma. Sempatlah aku test suara.

Kemudian berlangsungnya aktiviti tukar2 hadiah. Kali ini acara agak pelik. Yang menerima perlu membuka hadiah itu depan semua. Aduh! Moral down. Hadiah aku agak serabut sket. Tapi nasib baik. Penerimanya agak pemalu dan cuma buka hadiah aku di belakang. Dan aku juga dapat hadiahnya semula. Sungguh kelakar.
















Setelah semua selesai, kami pun pulang ke UTM. Di pertengahan perjalanan sempatlah ke kedai coklat bumiputera membeli sedikit buah tangan dan menjamu selera. Nasi goreng kampung macam nasi goreng minyak. Aduh. Macam2 dugaan. Tapi Alhamdulillah. Semua selamat sampai ke bumi UTM tanpa apa2 kejadian yang tidak diingini. Sebab sebelum ni rekod asyik ada je kemalangan kalau kami semua konvoi beramai2. Sampai bilik aku menghadap laptop aku dan bersiap2 untuk majlis besar esoknya. Pertama kali menggosok baju sekemas mungkin. Sempatlah berjumpa ibubapaku selepas sampai daripada camping di UTM. Esok hari besar buatku. Aku masih tak punya apa2 rasa untuk menyambutnya.

p/s : Antara Mali, Spoy dan Mat, siapa lagi PJK - soalan kotak beracun aku yang sangkut. Maaf!

Meniti hari di IPB

Ahad : 9 Ogos 2009, 9.36 pagi

Huaaaargh! Teriakan aku menggeliat dalam hati. Regang2 pinggang sikit. Aku pun bangkit menyelami hati pagi. Tangan terus ke punat power komputer riba kesayangan. Hilang jugalah penat semalam. Lapan jam aku habiskan hari aku di IPB, menduduki peperiksaan khas PTD. Gua cakap lu beb. Kalau sejarah lu time SPM cukup2 makan je, jangan mimpi nak jawab exam semalam. Aku memang fail lah bab2 menghafal ni, apatah lagi membabitkan struktur pemerintahan negara tercinta ini. Umpama menghantar anak ke medan perang, mak ayah aku pun berlalu mengucapkan semoga berjaya kepada anak mereka yang gila ni. Mereka hantar.

Adalah 2,3 yang aku nampak fresh. Yang lain semua veteran. Maksud aku yang dah bekerja dan tak kurang juga hendak naik pangkat. Hot stuff siot PTD ni. Bila tanya mak aku, PTD ni kerja apa sebenarnya? "Alah, kerja2 admin, pejabat. Handle mesyuarat". Aduh. Luluh hati sayu jiwa dengar. Mana aku nak campak ilmu kimia kesayangan aku? Tak boleh, tak boleh. Aku mesti fail kan exam ni. Buat je lah.

Sekyen pertama berkisar mengenai pengetahuan am. Segala-galanya. Daripada struktur pentadbiran negara, sampailah ke susunan huruf atas papan kekunci. Tak lupa juga filem mana yang menang di FFM21 lepas. Bab2 longgar memang skor lah. Ekonomi hancur. Seksyen kedua pula berputar dengan soalan2 matematik. Bayangkan. Aku nak kira peratus, janjang, nisbah, kebarangkalian, IQ, congak nombor besar2 tanpa menggunakan kalkulator! Tergagah2 aku mengira. Memang lepas tu bagai di medan peranglah. Tembak!!! Seksyen ketiga pula pasal pemahaman. Macam SPM sajalah. Untuk pengetahuan anda, seksyen 1 sampai 3 adalah seksyen tembak-menembak. Seksyen 4 dengan 5 azab sikit. Tulis esei dalam 300 patah perkataan secara purata dalam masa sejam. Ya sejam. Memang dikerah ke tahap cipan lah otak aku. Balik2 pening. Esei BM aku buat pasal wabak berjangkit, BI pula pasal kitar semula. Memang bosan. Harap2 fail.

Habis exam aku menapak di tengah2 jalan menghala ke kawasan rumah lama aku. Rindu gila! Lepak masjid tempat aku sembahyang Jumaat daripada kecil sampai tingkatan 5. Memang menggamitlah segala-gala nostalgia. Banyak berubah dah kawasan situ. Dulu ada simpang, sekarang dah hilang. Naik bas pergilah CM. Nak cari hadiah. Tak jumpa. Lepas itu pergi Jalan TAR. Pasar malam! Beli kek je. Takut nak singgah lama2 pasal sapu tangan terlupa nak bawa. Virus2 benci menular nanti.

Naik komuter tersayang menuju ke syurga duniaku. Siap masa aku dok berdiri dalam perut gerabak tu, ada sepasang ni kena sound. Seorang perempuan, seorang lagi berlagak berpakaian macam aku. Faham kan? "Adik, kalau nak batuk tutup mulut ya", rungut ada seorang lagi watak dalam gerabak tu dengan lembut. Seorang kakak. Penelitian kasar aku, kakak ni mesti budak sains sukan. Lek je sound! Sengih saja bibir hatiku. Terus terpacak macam tugu negara. Mana taknya. Melahu, memekak, tergelak2 semahunya dalam tren macam dunia komuter ni dorang 2 je yang boleh memadu kasih. Sampai rumah terus aku disoal siasat semahunya oleh mak aku. Banyaklah kena sebelum menghadap bilikku yang permai. Tak juga rehat lepas tu. Tengok FFM22 dulu. Sedih arwah Yasmin Ahmad dah tiada. Tiba2 rindu karya2 arwah. Serius.


Belasungkawa : Allahyarhamah Yasmin Ahmad (1 Julai 1958 - 25 Julai 2009)
Pengarah Terbaik FFM22 - Talentime

p/s : Sambil jenguk sini, bagilah makan ikan2 aku ya. Mati pula nanti. Jangan lupa bersembang sekali kat sebelah ni.

Bila kaki aku meraung minta dinyahsengalkan

Jumaat : 7 Ogos 2009, 11.43 pagi

Entri pertama untuk bulan kemerdekaan ni. Minta maaf sebab dah lama tak menyibukkan diri menulis. Bukan apa. Tatkala negara hatta satu dunia sedang dilanda wabak pandemik H1N1 atau selesema khinzir, aku pula dilanda wabak memuat turun variety show (atau lebih senang dipahami, rancangan realiti) yang ditayangkan setiap Ahad di Korea. Nampaknya, ketaksuban dan ketagihan terhadap rancangan ini telah naik ke tahap pandemik bagi aku. Mungkin jua tiada vaksin yang mampu menjadi penawar melainkan laman web tempat aku memuat turun semahunya ditutup atau diberhentikan perkhidmatannya. Jangan weh. Tak mampu nak bayang.

Dengar cerita pagi semalam (Khamis, 6 Ogos 2009), berlaku semula kegiatan penggodam internet, yakni hackers, merosakkan institusi2 rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook. Tambahan pula semalam aku sepanjang hari tiada di rumah. Pergi melakukan macam2 kerja seperti seorang yang dah mempunyai status pekerjaan. Bayar bil lah, PTPTN la (sampai surat amaran tak senang duduk aku dibuatnya) dan membeli tiket bas. Meraung kaki aku minta direhatkan. Maaflah kakiku sayang. Aku menyeksamu semalam.

Semalam jua aku melayan cerita yang agak baru di GSC. The Proposal. Sebuah filem romantik komedi sebenarnya. Aku takut diherdik tidak patriotik lah, tak sayang industri sendiri lah, bila aku ditelah dengan sogokan supaya tidak menonton filem2 aku. Cerminan aku. Aku pun tak dapat nak jelaskan. Mungkin nak memperbaiki BI aku dengan menonton filem Hollywood? Hahaha. Berbaur malas. Filem itu agak menarik di permulaan tapi mula menampakkan cebikan bibir aku apabila hendak sampai ke penghujung. Biasa je kot. Cuba Rozita Che Wan dan Ashraf Muslim yang berlakon, dengan jalan cerita yang sama (dengan sedikit story editing lah, PG-13 kot), aku berani cakap tak ramai akan menonton.

Margaret : Why are you naked???
Andrew : Why are you wet???

Balik rumah, Facebook buat hal. Lembab nak meninggal aku buka. SMS kawan2 semua kata mereka mampu melayari home dan Mafia Wars masing2. Adakah aku terpilih? Digodek2 berita baru di Google, barulah dapat penjelasan. Takpe lah. Ada sekelumit sabar lagi mungkin dalam hati aku. Kalau ikutkan nak hempuk saja komputer riba tersayang ni. Peace!

p/s : Esok aku ada peperiksaan PTD. Doa2kan ya!

BI yang di BM kan

Sabtu : 11 Julai 2009, 3.52 petang

Hari ni aku mop lagi. Kali ni bilik aku. Peh. Sampai terkakis parket lantai ni. Mengelupas kulit aku. Adakah kulit aku terlampau sensitif? Yakni peka dengan perubahan? Nah. Alasan bagi orang yang malas.

Entri kali ni berkisar tentang perkataan Inggeris yang selalu digunakan dalam bahasa ibunda kita ni. Maknanya agak jauh menyimpang daripada yang asal tapi kita boleh katakan tu cara kita berbahasa Inggeris. Setuju? Entah. Tapi jangan korang jumpa mat saleh korang cakap, "Wow! The movie was best!" atau "This is my best member. We've known for about 10 years". Tak pasal2 korang kena jadi badut sarkas pada dorang.

Member
BM : Kawan, saing, sahabat.
BI : Ahli, an individual who joins a body or society.

Best
BM : Terbaiklah! Superb! Marvellous! (tiba2 kena sampuk hantu BI).
BI : Superlative for good; good, better, best? Ring a bell?

Declare
BM : Orang dah kapel tahu lah benda ni. Kita declare eh? Eh?
BI : Some statements you make official and open. Very formal.

You all
BM : Merujuk pada korang semua.
BI : I've never heard of that. "You guys" yes.

Serious?
BM : Betul lah. Sama je kan dengan BI?
BI : When it comes to describing something, yes. "It's something serious!". But to debate whether it is or not, we shall say, "Seriously?"

Bukan aku nak tunjuk aku pandai BI atau apa. Sekadar berkongsi maklumat yang aku dapat. Apa salahnya kan? Kita semua belajar lagi. Sama je level kita.

Aku pekak ke abang tu cakap perlahan?

Khamis : 9 Julai 2009, 1.57 tengahari

Aduyai. Penat bersisa lagi. Malam tadi borak dengan mak aku sampai pagi (maksud aku pagi tu sampai pukul 3.00 pagi) berkenaan dengan susur galur, salasilah, carta alir keluarga aku. Aku suka ambil tahu pasal benda2 ni, tatkala orang lain tak minat, memekakkan telinga bila diceritakan. Buat pening je. "Arwah moyang Kinah kau tu anak nombor dua, bini nombor dua atuk ma dulu. Anak dengan bini sulung pula opah mama. Opah mama anak tunggal. Atuk mama kahwin lain sebab nenek mama meninggal. Tu yang kahwin dengan mak moyang Kinah", belit mak aku. Aduh. Sepuluh kali kot tanya balik. Arwah moyang aku ni dulu jadi babysitter aku time kecil2. Hehe. Pagi2 dah pergi check-up! Tidur dah terbalik! Aku dah jadi burung hantu! Aku benci bangun pagi! Aduh. Kena pergi juga. Nak buat macam mana. Date kena tepati. Aku dituam semahunya. Best jugalah.

Habis dalam pukul 9.35 pagi macam tu, pergilah tunggu bas kat depan. Aku didatangi seorang pemuda (dalam 5, 6 tahun tua daripada aku kot). Beliau bercakap sesuatu dengan aku sewaktu aku sibuk dengan playlist lagu dalam handphone aku. Aku perasankan dia lintas jalan besar sebelum dia menghampiri aku di stesen bas.

Pemuda : Ada 70 sen tak dik? Abang nak pergi Wangsa Maju takde duit.
Aku : Saya bukan orang sini bang.
Pemuda : Bukan. Abang nak minta 70 sen tambang bas nak pergi Wangsa Maju. Abang takde duit ni.
Aku : Oh. (Tersedar earphone masih melekat dalam telinga). Saya pun tunggu orang bang. Saya takde duit kecil. (Sambil aku angkat tangan goyang2 kiri kanan)

Beliau berlalu dengan muka sebek. Aku cuak bengong! Sekarang ni macam2 cara orang nak aniaya kita. Pukau ke, jampi ke. Mintak jauh. Tahu siapa yang tunggu aku sebenarnya? Bas Metro nombor 91! Nak pergi Sogo! Karok kat RedBox! Hahahahha. Aku ada je RM 1 boleh kasi dia tapi tak beranilah. Dia nampak tak meyakinkan. Ampun bang! Kalau abang baca coretan saya ni. Semoga abang jumpa orang yang lebih mulia daripada saya!

Peh. Memang semua arked muzik buat tribute kat Michael Jackson banyak2. Bukan nak buat doa selamat ke, tahlil ke (Islam kan dia? Terbukti kan?). Segala2 konsert aku dijamu yang sebelum ini aku tak pernah ketemu atau ketengok. Minat ke aku kat dia? Nah. Biasa2 je. Sekarang ni tiba2 pula member2 buat kuiz kat Facebook "What Michael Jackson's song are you?" dan bermacam2 kuiz Jacko lagi. Entah bila2 diorang pernah pasang lagu arwah kat laptop dorang. Keparat! Palat gila perangai.

Hah! Ni lagu2 aku dendangkan di bilik karok sehingga peti suara aku terhakis.
  • Memori Luka - Headwind
  • Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir
  • Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza
  • Permaidani - Aris Ariwatan
  • Mengenangmu - Kerispatih
  • Tapi Bukan Aku - Kerispatih
  • Mimpi Yang Sempurna - Peterpan
  • Seribu Tahun - Imran Ajmain
  • I Believe I Can Fly - R. Kelly
  • Ayat2 Cinta - Rossa
  • Sway - Michael Buble
  • Camelia - Irwansyah (Sedih takde karaoke)
  • When You Say Nothing At All - Ronan Keating
  • Kenanganku - Jefrydin
  • Mas Mona - Jefrydin
  • Harapan - Fazli Zainal
  • Isabella '98 - Amy, Jamal, Saleem, Zamani
  • Bertakhta Di Hati - Farahdhiya
  • Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan
  • Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan
  • Janji Kasih - Siti Nurhaliza
  • Andai Kau Pergi - Indigo
  • Istimewa - Indigo
  • Tak Mengapa - V.E. feat. Datuk A. Rahman Hasan
  • True - Ryan Cabrera
  • Untukmu Selamanya - Siti Nurhaliza
Peh. Confirm korang nak cakap aku riak kan? Bajet stamina tinggi? Hahahhahaha. Sekali lagi aku cakap, aku happy2 sudeh. Takde la aku taruk lagu2 tu semua dengan penuh jiwa dan penghayatan. Loncat2 juga. Lagu2 perempuan selingan sahaja. Selingan untuk rehatkan kotak suara dan dendangan untuk aku ketika makan. Ada makan gak beb! Korang nak tahu fakta? Tiba2 lepas habis lagu nombor 18, terdengar sayup2 orang nyanyi lagu "Bunga rampai dikacik kacik.. makin longlai bertambah cantik...". Adeh. Senak perut aku, terbelit urat usus. Laki pula tu! Ada orang kahwin ke bang? Hahahahaha.

Balik macam biasa. Tunggu komuter yang senantiasa lewat mengambil penumpang. Peace!

Related Posts with Thumbnails