BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Cicak dan Arwah Michael Jackson

Jumaat : 26 Jun 2009, 5.01 petang

Malam tadi (yakni malam Jumaat), aku dengan rasa lapar yang memanjang pergilah dapur cari apa2 nak dimakan. Perut memulas dah 2 kali. Bisnes pun 2 kali. Dengan bertuala, singgah ke tempat favourite aku ni. Sampai kat sinki ambil mangkuk nak isi Koko Krunch. Belakang aku peti ais. Tempat menyimpan segala khazanah alam untuk memenuhkan perut. Koko Krunch aku letak luar. Sejuk pula coklat gandum tu nanti. Pusing belakang, tiba2 nampak lah makhluk Allah bernama cicak ni (atau nama saintifiknya, Gekkonidae squamata) baring tengah jalan tepi peti ais. Aku pelik lah. Dah punya dekat aku approach, tak takut2. Aku suspect dia ni berani kot. Aku ambil lah penyapu (ala, yang berus dia kasar sikit tu) nak acah2 kat dia. Tak lari. Aku jadi lagi kagum. Friendly tahap gaban cicak ni. Tengok perut macam bunting. Sakit nak bertelur kot. Aku acah sikit lagi baru dia jalan. Jalan pun macam ular. Melingkar2. Ada la 0.5 m dia gerak dari petak asal. Aku acah lagi, harap2 dia putuskan ekor dia. Tak juga. Sampai satu tahap aku golekkan dia dengan penyapu. Memang tiada respon positif daripada pihak reptilia ini. Kesiannya pasal (kalau ikutkan hati lama aku bunuh, dapat pahala malam2 Jumaat ni) aku terbalikkan dia balik. Aku bosan dengan dia. Lapar kot dia tu. Aku ambil lah cebis roti Gardenia sikit (yang coklat tu, bukan yang putih) sua kat dia. Pun tiada respon. Berpaling lagi adalah. Naik hantu aku. Aku pun dah lapar. Melantak Koko Krunch dulu. Malu kot jumpa manusia paling mulia ni. Hahahahaha.

Tiba2 aku terkejut bangun pagi tengok homepage aku, iaitu Yahoo!. Jacko dah meninggal. Peh. Mula2 suspect pasal excessive plastic surgery yang dia buat daripada dia start nak gemilang dulu lah. Meleset. Cardiac arrest rupanya. Yakni serangan jantung. Dia ditemui pengsan. Paramedik dapat panggilan pukul 12.21 tengahari waktu tempatan. Time of death : 2.26 petang, juga waktu tempatan. But, siasatan lanjut masih lagi dijalankan nak kenal pasti punca kematian atau mungkin ada perbuatan jenayah. Hilanglah Raja Pop dunia yang baru peluk Islam tu. Alhamdulillah lah juga. Sempat dia nikmati pemberian yang paling tak ternilai itu. Innalillah buat Allahyarham Michael Jackson.

Allahyarham Michael Jackson (29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009)

Ha! Bangun pagi, gosok gigi. Tak juga. Pergi dapur dulu. Tengok2 tempat cicak semalam dah tiada roti tu. Soal siasat mak aku dia kata tak tahu. Sah cicak pemalu! Yang dia tinggal ekor dia je. Siap ada darah lagi. Ucapan terima kasih kot. Sama2 lah cicak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails