BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Bila kaki aku meraung minta dinyahsengalkan

Jumaat : 7 Ogos 2009, 11.43 pagi

Entri pertama untuk bulan kemerdekaan ni. Minta maaf sebab dah lama tak menyibukkan diri menulis. Bukan apa. Tatkala negara hatta satu dunia sedang dilanda wabak pandemik H1N1 atau selesema khinzir, aku pula dilanda wabak memuat turun variety show (atau lebih senang dipahami, rancangan realiti) yang ditayangkan setiap Ahad di Korea. Nampaknya, ketaksuban dan ketagihan terhadap rancangan ini telah naik ke tahap pandemik bagi aku. Mungkin jua tiada vaksin yang mampu menjadi penawar melainkan laman web tempat aku memuat turun semahunya ditutup atau diberhentikan perkhidmatannya. Jangan weh. Tak mampu nak bayang.

Dengar cerita pagi semalam (Khamis, 6 Ogos 2009), berlaku semula kegiatan penggodam internet, yakni hackers, merosakkan institusi2 rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook. Tambahan pula semalam aku sepanjang hari tiada di rumah. Pergi melakukan macam2 kerja seperti seorang yang dah mempunyai status pekerjaan. Bayar bil lah, PTPTN la (sampai surat amaran tak senang duduk aku dibuatnya) dan membeli tiket bas. Meraung kaki aku minta direhatkan. Maaflah kakiku sayang. Aku menyeksamu semalam.

Semalam jua aku melayan cerita yang agak baru di GSC. The Proposal. Sebuah filem romantik komedi sebenarnya. Aku takut diherdik tidak patriotik lah, tak sayang industri sendiri lah, bila aku ditelah dengan sogokan supaya tidak menonton filem2 aku. Cerminan aku. Aku pun tak dapat nak jelaskan. Mungkin nak memperbaiki BI aku dengan menonton filem Hollywood? Hahaha. Berbaur malas. Filem itu agak menarik di permulaan tapi mula menampakkan cebikan bibir aku apabila hendak sampai ke penghujung. Biasa je kot. Cuba Rozita Che Wan dan Ashraf Muslim yang berlakon, dengan jalan cerita yang sama (dengan sedikit story editing lah, PG-13 kot), aku berani cakap tak ramai akan menonton.

Margaret : Why are you naked???
Andrew : Why are you wet???

Balik rumah, Facebook buat hal. Lembab nak meninggal aku buka. SMS kawan2 semua kata mereka mampu melayari home dan Mafia Wars masing2. Adakah aku terpilih? Digodek2 berita baru di Google, barulah dapat penjelasan. Takpe lah. Ada sekelumit sabar lagi mungkin dalam hati aku. Kalau ikutkan nak hempuk saja komputer riba tersayang ni. Peace!

p/s : Esok aku ada peperiksaan PTD. Doa2kan ya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails