BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aku dah samok karok!

Selasa : 30 Jun 2009, 9.35 malam

Peh. Entri terakhir bulan ni. Memang tengah angau menulis lagi. Lagi 2,3 bulan tengok. Confirm sebulan sekali pun susah. Lepak Bangi dah 4 hari. So, homesick tiba2. Rindu mak aku masak. Member2 LI. Makan pun ada tiada je. Tapi semalam memang happening! Rekod lah! Karok kat Warta dekat 20++ lagu. Dengan member2 UTM aku lah. Bantai sampai suara hilang, telinga pekak sebelah. Dorang lagu2 wajib macam lagu rock kapak semua, lagu pecah tekak, pecah peti suara. Aduh. Nyanyi Hasrat pun tak feeling dah. Hahahahha. Memang sekarang aku tengah gila karok. Sorang2 pun jadi. Bayangkan. Dulu kalau nak nyanyi, dengan member2 pun, kemain malu. Kalah siput sedut. Sekarang tak payah cerita. Aku pelopor semua. Hahahahhaa. Aku bergiat karok ni kat UTM lah. Dengan member chemical aku sorang ni. Geng daripada 1st year pula. Dulu tak ramai suka. Pastu, membiak. Sampai tak ajak aku pun ada! Mana boleh penggiat utama tiada dalam screen! Peduli lah. Kalau kat JB, aku pernah karok kat Angsana, Danga Bay, RedBox, Giant Pulai. Memang hafal tempat dia, port mana sedap. Bukanlah suara aku sedap sangat. Peduli aku lah. Suara aku. Aku happy2 sudah. Hehe.

Lagu wajib aku. (Yang kena dengan tone aku lah)
  • Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza
  • Memori Luka - Headwind
  • Mimpi Yang Sempurna - Peterpan
Minat gak Faizal Tahir. Tapi suara tak sampai. Sampai chorus, kalau tak bagi kawan aku sambung, aku nyanyi macam bercakap. Hahaha. Semalam ending lagu bantai lagu Hukum Karma. Memang pecah gegendang aku.

Cicak dan Arwah Michael Jackson

Jumaat : 26 Jun 2009, 5.01 petang

Malam tadi (yakni malam Jumaat), aku dengan rasa lapar yang memanjang pergilah dapur cari apa2 nak dimakan. Perut memulas dah 2 kali. Bisnes pun 2 kali. Dengan bertuala, singgah ke tempat favourite aku ni. Sampai kat sinki ambil mangkuk nak isi Koko Krunch. Belakang aku peti ais. Tempat menyimpan segala khazanah alam untuk memenuhkan perut. Koko Krunch aku letak luar. Sejuk pula coklat gandum tu nanti. Pusing belakang, tiba2 nampak lah makhluk Allah bernama cicak ni (atau nama saintifiknya, Gekkonidae squamata) baring tengah jalan tepi peti ais. Aku pelik lah. Dah punya dekat aku approach, tak takut2. Aku suspect dia ni berani kot. Aku ambil lah penyapu (ala, yang berus dia kasar sikit tu) nak acah2 kat dia. Tak lari. Aku jadi lagi kagum. Friendly tahap gaban cicak ni. Tengok perut macam bunting. Sakit nak bertelur kot. Aku acah sikit lagi baru dia jalan. Jalan pun macam ular. Melingkar2. Ada la 0.5 m dia gerak dari petak asal. Aku acah lagi, harap2 dia putuskan ekor dia. Tak juga. Sampai satu tahap aku golekkan dia dengan penyapu. Memang tiada respon positif daripada pihak reptilia ini. Kesiannya pasal (kalau ikutkan hati lama aku bunuh, dapat pahala malam2 Jumaat ni) aku terbalikkan dia balik. Aku bosan dengan dia. Lapar kot dia tu. Aku ambil lah cebis roti Gardenia sikit (yang coklat tu, bukan yang putih) sua kat dia. Pun tiada respon. Berpaling lagi adalah. Naik hantu aku. Aku pun dah lapar. Melantak Koko Krunch dulu. Malu kot jumpa manusia paling mulia ni. Hahahahaha.

Tiba2 aku terkejut bangun pagi tengok homepage aku, iaitu Yahoo!. Jacko dah meninggal. Peh. Mula2 suspect pasal excessive plastic surgery yang dia buat daripada dia start nak gemilang dulu lah. Meleset. Cardiac arrest rupanya. Yakni serangan jantung. Dia ditemui pengsan. Paramedik dapat panggilan pukul 12.21 tengahari waktu tempatan. Time of death : 2.26 petang, juga waktu tempatan. But, siasatan lanjut masih lagi dijalankan nak kenal pasti punca kematian atau mungkin ada perbuatan jenayah. Hilanglah Raja Pop dunia yang baru peluk Islam tu. Alhamdulillah lah juga. Sempat dia nikmati pemberian yang paling tak ternilai itu. Innalillah buat Allahyarham Michael Jackson.

Allahyarham Michael Jackson (29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009)

Ha! Bangun pagi, gosok gigi. Tak juga. Pergi dapur dulu. Tengok2 tempat cicak semalam dah tiada roti tu. Soal siasat mak aku dia kata tak tahu. Sah cicak pemalu! Yang dia tinggal ekor dia je. Siap ada darah lagi. Ucapan terima kasih kot. Sama2 lah cicak.

Optimus Prime, Megatron - Battle of the robots

Wednesday : 24th June 2009, 8.02 p.m.

I wanna change my wind. Yeah. You heard me. I've watched the movie! Hahahahahaa. I almost didn't get to watch at first show. So, I joined the second crowd. E 17, Hall 1, GSC Mid Valley, you were the witness of my excitement! Full house! Some even had booked one week earlier. I mused, what for? You won't get the feeling of queuing up soooo long just to get yourself thrilled! The reason why I watched this movie; I watched the first one. I love films with actions and suspenses. I fell in love Megan Fox! Who won't?

The typical part in any full-of-actions Hollywood movie is that they will always put fighting, violent scenes before the real story comes in. I felt it with the first movie. Now, I saw it again in the second. Cliche but who cares? But I second the motion. This second one, Transformers : Revenge of the Fallen is more and more compact, dense with actions, thrills and graphics! Yeah. The graphic was so excessive and at times I couldn't take it. I remember, when Sam (Shia LaBeouf) heals back Optimus Prime with that Matrix of Leadership and the robot starts to combine with other robots to form a new, gigantic, full of power one, a mid 30-year-old man in the theatre started to get very excited unbelievably. He was screaming like, yeah! Go get them! Finish them! Hahahhaha. He had a daughter and a wife! I bet, his wife must have been very shocked to see her husband act out of control. For sure she was like, "Ya Allah, laki aku".

I've watched it. Have you?

My favorite scenes
  • Mikaela's (Megan Fox) facial expression when she couldn't get to chat with Sam on Sam's first day at college.
  • Mikaela's quick change to congratulate Sam.
  • Sam's mom talking about the L word. Nah. I thought something else.
  • Optimus Prime combines with others to form another powerful robot and fights the demonic robots. Goose bumps beb. With the scores, excellent!
  • Of course, dumbass! Mejar Lennox's (Josh Duhamel) screamings and orders to that defensive, cocky so-called Mr. President rep (Galloway, I think) when Lennox tries to get rid of that fella ON AIR.

My f***ed-up scene
  • One and only, that quick stripping and butt-showing by that ex-military man who helps Sam to destroy the Megatron and the gang. I almost puked. Trust me.

Superb! Excellent job! Totally loved it! Can't wait for the sequel.

Mimpi yang sempurna

Rabu : 24 Jun 2009, 7.38 pagi

Peh. Selamat pagi semua. Semalam aku tidur mimpi best gila! Tak pasal2 aku jadi forensic expert. Kes dia : pembunuhan kejam seorang perempuan. Dikatakan dipotong2 dan disumbat dalam lubang. Lubang dia korang tahu besar mana? Besar lubang yang ada kat bilik mandi selalu tu. Lepas tu, dikatakan juga bagi mengelakkan bau busuk, ada satu bau kat lubang tu. Macam mana nak describe eh? Macam bau clorox + formalin. Aku ingat. Aku ada sebut formalin dalam mimpi tu. Yang aku pelik, mak budak kene assassin tu (peh, glamor kot) rilek2 je. Siap dikatakan bertahun-tahun tak jumpa mayat tu. Aku jumpa dengan team aku cepat je. Siap cari traces of blood guna luminol lagi. Bayangkan betapa tak masuk akalnya mimpi tu. Boleh pula after years, traces of the blood ada lagi. The result? Dekat ada satu kawasan ni kira2 10 meter dari tempat pembunuhan, ada la something blue-green glow-in-the-dark atas pasir. Wah!

Contoh tindakbalas luminol dengan darah

Pastu, mesti mimpi pasal dorang. Dah 2,3 hari dah. Kitorang berbual2 macam dulu2. Rindu sial semua masa2 tu. Aku tak plan pula keluar mimpi macam tu. Takpe la. Lepas rindu kat mimpi pun jadi la.

Asyik kantoi Isyak! Memang kalau bangun Subuh, aku mesti naik hantu. Lagha tak habis2! Padahal tak logik dek akal tertinggal.

Nak tengok Transformers II! Jeles orang lain dah serbu TGV, GSC etc. dulu!

Menahan amarah

Isnin : 22 Jun 2009, 11.07 malam

Situasi 1
Sambil cuit bahu aku dengan dia hanya bertuala.
Kawan A : Jom teman aku pergi ambil ****
Aku : Ambil kat JB?
Kawan A : A'ah.

Dalam kereta (tiada sepatah kata)
Kawan A : Aku biasa pergi dengan ****. Dia tahu jalan.
Aku : Oh.

(Diam lagi)
Bila dah jemput Kawan B, keadaan jadi gamat. Aku stay belakang. Sampai kolej hantar Kawan B, gamat hilang. Minyak gamat pun takde.


Situasi 2
Aku : Nak pergi mana?
Kawan C : Ambil gambar. (Dengan semangat)

Kawan D cuma lihat sahaja. Dorang berdua pergi bergambar simposium.


Situasi 3
Aku tidur kat bilik Kawan E. Sebab bilik aku jadi port dak2 melepak. Tak lena. Masa tu lewat petang.

Kawan E : (Bersiap2) Jom.
Kawan F : Ok.
Aku : Pergi mana?
Kawan E : Rahsia la.
Aku : Ok. (Sambung tidur)

Kawan E dengan gaya nak ambil hati cuit2 kepala aku. Dengan rasa sakit hati aku tengok dorang pergi jalan2 entah ke mana. Dengan member2 pun nak rahsia. Mual beb.

Balik lepas maghrib dengan barang penuh label JJ. Borong habis.

Kawan G : Gila la. Pergi JJ tak ajak sial.

Kawan E sengih je. Kawan F balik aras dia kot.


Mantik
Kawan A = Kawan D = Kawan E
Kawan C = Kawan F = kawan tahu jalan
Kawan B = kawan untuk dijemput kat JB
Kawan G = berdiri sendiri

p/s : Apa ya?

Benci sial duduk flat!

Isnin : 22 Jun 2009, 4.54 petang

Aduh... da lama sakit hati, jiwa, otak tengok orang2 yang duduk flat ni. Serius aku cakap. Orang duduk gua lagi bertamadun kot. Ada ke campak pampers (maksud aku yang dah berisi) baling bawah dan nak dijadikan cerita, jatuh kat serambi rumah aku? F*** gila! Nama kuarters kerajaan. Expectation untuk orang2 yang dah bekerja ini harap2 tinggi la when it comes to cleanliness. Ini serupa duduk tapak pelupusan sampah! Yang duduk atas tu takpe la. Allah tu Maha Kaya. Maha Adil lagi. Pelik juga. Takkan la budak2 yang dah habis bisnes pergi campak aset dia ke bawah? Mentaliti tahap negara kelas ketiga! Entah2 orang2 sana lagi berakal, berminda, berotak!

Ni baru cerita aku yang duduk tingkat 6. Belum lagi yang duduk ground floor. Lagi jiwa sengsara.

Selamat Datang - Welcome - Bienvenido - Bienvenue - اهلاً و سهلاً - 환영합니다 - ようこそ

Isnin : 22 Jun 2009, 4.23 petang

Dah lama sebenarnya nak buat blog sendiri. Tapi baru sekarang ada semangat. Tengok kawan2 buat, macam best je. Sebab blog ni boleh jadi tempat kita lepas tekanan, kongsi rasa dan jadi satu terjemahan perasaan kita melalui perkataan. Sori lah ayat aku agak jiwang sikit. Memang kot. Hahahahaha. Seronok aku baca blog2 orang. Dapat macam-macam impresi. Aku dah start buat blog lama dah kat Friendster aku dulu. Disebabkan banyak sangat kuman, virus dan hackers, aku stop. Malas. Pastu aku pindah pergi Facebook. Siap member aku pernah cakap, "Kau ni macam kacang lupakan kulit". Tapi kalau kulit tu dah berkulat-kulat, banyak penyakit, kacang mana nak stay kan. Adeh. Aku tak pernah lupakan Friendster aku tu. Banyak berjasa. Situ la aku jumpa kawan-kawan lama, kawan sekolah, matrik, dan termasuklah kawan-kawan universiti aku. Takpe2. Aku tau mana aku berpijak.


Anyway, this is my official welcoming message to you guys who ever cross my blog, intentionally or accidentally. Aku tengah cuba kawal diri aku supaya jaga bahasa aku kat sini. Tak nak shortform2. Tak nak daftar kata singkat. Aku cuba lah. Tak boleh aku stay macam aku sekarang2 ni. Cara aku menaip kat Facebook, YM. Tata


Related Posts with Thumbnails