BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Menjual diri di PWTC

Ahad : 16 Mei 2010, 2.32 petang

Fuh. Memang lama aku berhibernasi. Mencari diri, kematangan dalam menulis, menjelajah isi hidup di luar yang sungguh menikam dan memperhalusi segala benda yang menuntut pemerhatian. Aku tidak pernah berkata untuk berhenti menulis, cuma aku membenarkan sangkaan aku yang pernah aku hujahkan dalam pos yang lepas. Minat perlu mendalam dalam menulis, itu akan sentiasa dikenang. Bukan dalam blogging saja, malah segala benda. Jangan kerana seorang rakan mengorak langkah menulis, yang lain mencicit mengejar benda yang sama. InsyaAllah tak kekal lama. Parah kalau memaksa diri membenarkan sesuatu tidak digemari menjajahi diri. Yang penting jangan terlampau ikut orang.

Hmm... dan tidak pernah aku berkata aku telah temui kematangan itu dalam aku menjual cerita2 aku. Cuma selepas 9 bulan aku tutup kedai di sini, aku kembali membukanya. Ternyata aku mampu tergelak dan berasa malu melihat pos2 lamaku. Mungkin petanda kematangan sudah tiba walaupun secebis? Kita tunggu hasil seterusnya.

Semalam, aku menghabiskan hari siangku di PWTC. Menjaja diri untuk mendapat tempat dalam masyarakat berkerjaya. Sudah aku agak. Memang resume aku lebih daripada cukup. Dan takkan pernah habis. Mungkin aku masih seperti dulu. Agak sangsi dengan masyarakat sebegini. Apa pengakhiran pembelajaran, kesinambungannya ialah pekerjaan? Telahan dungu tiba. Ramai rakan2 yang aku terserempak dan mencebik. Ada sedikit perhimpunan semula berlaku. Masing2 merungut tiada lubang berkenaan dengan masa yang telah dihabiskan di menara gading. Aku banyak melacur masa. Mencari2 sesuatu yang aku sendiri tak tahu. Keliling, atas bawah sampai kaki aku berdua sudah tidak aku rasai kewujudan mereka.

Banyak benda yang singgah dalam benak selain menjual diri di situ. Yang semestinya lebih dominan berbanding untuk mendeposit resume yang jauh lebih resesif.

Air percuma juga menjadi bahan untuk aku di"bahan"kan oleh rakan2. Lepas ini, tak payah pergi pasar malam lagi! Muka aku sudah jadi tembok!

p/s : Sedih, sayu tiada gunanya. Aku penat memberi jalan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails